Carian
Kedai Buku 24 Jam – The Library by BookXcess Akan Dibuka Di Sunway Square Mall Pada September Ini
August 20, 2025 Lina Rosli

BookXcess mengumumkan pembukaan sebuah kedai buku beroperasi 24 jam pertama mereka yang dinamakan The Library by BookXcess – bertempat di Sunway Square Mall.

Cawangan baharu ini dijadualkan mula beroperasi pada 26 September 2025 bersempena dengan pembukaan rasmi pusat beli-belah tersebut.

Menurut BookXcess, The Library by BookXcess ini bukan sahaja berfungsi sebagai ruang membeli buku, tetapi turut direka sebagai destinasi santai dan inspirasi. Ia membolehkan pengunjung menikmati pengalaman membaca, meneliti koleksi buku pelbagai genre atau sekadar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan pada bila-bila masa.

Sejak ditubuhkan, BookXcess dikenali sebagai peneraju dalam menawarkan buku pada harga mampu milik, dengan tujuan memperluaskan akses masyarakat kepada ilmu dan bacaan berkualiti.

Dengan pembukaan kedai buku 24 jam ini, The Library by BookXcess ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama di Sunway Square Mall sekaligus memperkukuh komitmen BookXcess untuk terus memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Komen