FWD Insurance Dan BSN Memperkenalkan Qaseh Setia – Mikroinsurans Mampu Milik Untuk Komuniti Berpendapatan Rendah

August 21, 2025
Famili

Bat

FWD Insurance Berhad bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan Qaseh Setia, iaitu sebuah pelan mikroinsurans inklusif dan mampu milik, khususnya untuk menyokong komuniti berpendapatan rendah.

Menurut FWD Insurance, kempen untuk mikroinsurans ini telahpun dilancarkan sejak April 2025. Dan kini Qaseh Setia telah memberi perlindungan kepada lebih 20,000 individu di seluruh negara. Ia menawarkan perlindungan mampu milik dengan hanya serendah RM0.20 sehari yang mana memberikan manfaat seperti:

  • Perlindungan sehingga RM90,000 bagi kematian akibat kemalangan.
  • Perlindungan sehingga RM15,000 bagi kematian bukan akibat kemalangan atau hilang upaya kekal menyeluruh.
  • Perlindungan RM3,000 bagi pengebumian.

Menariknya juga, Qaseh Setia juga tidak memerlukan sebarang keperluan pemeriksaan kesihatan. Dengan ini, ia secara tidak langsung mengurangkan halangan utama untuk golongan berpendapatan rendah – selain turut memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mampu mendapatkan perlindungan asas.

Bagi memperkenalkan Qaseh Setia kepada orang ramai, FWD Insurance turut menganjurkan FWD Fiesta Paling Onz 2025 di MyTown Shopping Centre pada 21 hingga 24 Ogos.

Acara ini bukan sekadar platform kesedaran kewangan, malah dimeriahkan dengan aktiviti interaktif seperti seni pasir kreatif untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, dan peluang memenangi hadiah utama sebuah Proton X50 baharu.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd