Merawat Pesakit, Bukan Kertas Kerja: Mengapa Petugas Kesihatan Malaysia Mengibarkan Bendera Putih dan Apa Yang Boleh Dilakukan
leeyagene
Oleh Dr. Mugunthan Murugan, CEO, Medic Konsult (MY) Sdn Bhd
Malaysia sejak sekian lama dikenali di peringkat global kerana sistem kesihatannya yang mudah diakses, tetapi ia datang dengan harga yang mahal.
Pertumbuhan populasi dan peningkatan penyakit kronik telah menolak klinik-klinik kita ke tahap kritikal. Burnout kini bukan lagi istilah perubatan semata-mata, sebaliknya sudah menjadi krisis sistemik. Doktor terpaksa mengimbangi kes kecemasan, membuat keputusan hidup atau mati, memikul beban emosi setiap pesakit, sambil menempuh syif maraton sehingga 36 jam. Selepas semua itu, mereka masih perlu tinggal lebih lama bukan untuk merawat, tetapi untuk menyiapkan berjam-jam kerja kertas.
Beban pentadbiran ini memberi kesan serius. Dengan lebih 10,000 klinik swasta, kebanyakannya dikendalikan seorang doktor, terpaksa mengurus sistem yang berpecah untuk HR, bil dan rekod pesakit, moral semakin merosot. Petugas kesihatan terbeban, hilang semangat, dan semakin ramai meninggalkan kerjaya. Klinik kerajaan pula sesak, gelombang perletakan jawatan berterusan di hospital awam dan swasta, manakala ramai graduan perubatan merancang berhijrah sebelum menamatkan housemanship. Hasilnya staf semakin kurang, kerja semakin banyak, lalu tercetus kitaran burnout yang berulang.
Isu Sebenar: Bukan Kurang Sistem, Tetapi Sistem Yang Salah
Dalam usaha memodenkan operasi, banyak klinik beralih kepada alat digital namun mendapati sistem itu lebih menambah kekeliruan berbanding menyelesaikan masalah. Banyak dibina berdasarkan aliran kerja Barat yang tidak sepadan dengan realiti amalan di Malaysia. Lebih banyak sistem tidak membantu jika ia hanya menjadikan kerja semakin susah.
Apa yang diperlukan petugas kesihatan ialah penyelesaian berpusat kepada manusia, satu platform yang menyatukan segalanya daripada jadual, temujanji, komunikasi pasukan, dokumentasi, hinggalah ke bil dan HR. Matlamatnya jelas: klik lebih sedikit, serahan kerja lebih lancar, beban kognitif berkurang, dan pendigitalan yang benar-benar meringankan tugas, bukannya menambah tekanan.
Beberapa platform moden kini menggabungkan alat penting seperti pemantauan penyakit kronik, e-invois, peringatan ubat, pengurusan inventori, dan penggajian, semuanya dalam satu sistem. Ia juga boleh berfungsi secara luar talian, membolehkan klinik terus beroperasi tanpa risau gangguan sistem.
Transformasi Yang Sedang Berlaku
Di seluruh Malaysia, lebih 350 klinik sudah mula menggunakan penyelesaian digital yang lebih pintar dan sesuai dengan konteks tempatan, dan hasilnya terbukti. Klinik yang menggunakan alat ini melaporkan:
- Penjimatan masa sehingga 90 minit sehari dengan mengurangkan kerja manual
- Penyelarasan tugasan 40% lebih pantas
- Kesilapan lebih sedikit, tekanan berkurang, dan operasi lebih lancar
Daripada mengubah cara doktor Malaysia bekerja, platform ini sebaliknya memudahkan serta menyokong rutin harian mereka. Dengan menyatukan rekod pesakit, temujanji, bil dan komunikasi di satu tempat, ia membantu doktor kembali fokus pada perkara yang paling utama: menjaga pesakit.
“CxSYS telah memperkemas aliran kerja klinikal kami daripada pendaftaran pesakit hinggalah ke rawatan susulan, sambil menyokong fungsi penting seperti pengurusan HR, laporan X-ray dan banyak lagi,” kata Dr. Rejiv dari Klinik Mediviron Bahau. “Ia memberi struktur, kejelasan, dan kecekapan kepada operasi harian kami.”
Platform ini juga membolehkan data kesihatan tempatan dijana, penting untuk membuat keputusan perubatan yang bermakna. Hakikatnya, jika anda suruh pesakit kurangkan French fries tetapi kebimbangan sebenar mereka ialah nasi lemak, anda sudah tersasar. Data Barat tidak semestinya mencerminkan realiti kesihatan di Malaysia.
Masa Depan Lebih Cerah Untuk Sistem Kesihatan Malaysia
Klinik yang menerima pakai platform digital bersepadu kini melihat burnout berkurang, semangat pasukan lebih baik, dan kesilapan semakin sedikit. Alat ini bukan sekadar tentang kecekapan tetapi tentang kelestarian. Dengan mengurangkan kos operasi dan memperbaiki aliran kerja, ia membantu menjamin masa depan klinik sambil melindungi hasil rawatan pesakit.
CxSYS ialah salah satu platform yang mengetuai perubahan ini, bukan sebagai naik taraf teknologi semata-mata tetapi sebagai perubahan cara berfikir. Dengan menyelaraskan alat digital dengan keperluan sebenar klinik di Malaysia, ia membuktikan bahawa transformasi bukan sahaja mungkin, malah sudah pun bermula.
“CxSYS telah membolehkan kami menyatukan dan menyeragamkan proses di seluruh rangkaian Apricot Clinic. Dari rekod perubatan digital hinggalah kawalan inventori dan koordinasi antara klinik, ia benar-benar membantu kami meningkatkan penyampaian rawatan dan kecekapan pentadbiran,” kata Dr. Liew Kong Fui dari Apricot Clinic Network, Malaysia.
Ketika Malaysia bergerak ke hadapan, menerima teknologi kesihatan yang dibina dengan realiti tempatan boleh menjadi kunci kepada masa depan yang lebih sihat dan mampan untuk petugas kesihatan mahupun pesakit.