Christy Ng X FamilyMart Kembali Dengan Koleksi Vol. 2 Wandering In The City
Lina Rosli
Khusus untuk peminat Christy Ng dan juga pelanggan tegar FamilyMart, koleksi baharu antara jenama fesyen tempatan ini dengan rangkaian kedai serbaneka Jepun kegemaran ramai kini kembali dengan siri kedua – Wandering In The City.
Mengangkat inspirasi daripada rutin harian bandar, koleksi ini meraikan momen-momen kecil yang sering dialami tetapi jarang ditonjolkan – seperti berjalan ke stesen tren, berhenti seketika di lintasan pejalan kaki, atau singgah sebentar ke FamilyMart untuk mendapatkan snek kegemaran.


Menariknya, kali ini Christy Ng mengambil ilham daripada akar budaya Jepun FamilyMart dan juga sajian grab-and-go yang cukup sinonim dengannya. Antara menu yang menjadi highlight untuk koleksi ini adalah semangkuk Oden panas, Onigiri dan Sofuto aiskrim yang ikonik.
Bagi koleksi Vol. 2 ini, Christy Ng x FamilyMart hadir dengan dua item eksklusif iaitu tote bersaiz besar yang sesuai untuk kegunaan harian atau aktiviti hujung minggu, serta vacuum tumbler untuk memastikan minuman anda kekal sejuk sepanjang hari.

Kedua-duanya direka agar praktikal dan bergaya pada masa sama – sesuai dengan gaya hidup moden masyarakat bandar.
Koleksi Christy Ng x FamilyMart Vol. 2 ini telahpun mula dijual di cawangan FamilyMart terpilih di seluruh negara iaitu pada harga RM49.90 untuk tote bag dan RM59.90 untuk tumbler. Jadi, jangan ketinggalan untuk menjadi antara yang terawal memilikinya.