Jotun Malaysia x ZUS Coffee Menampilkan Koleksi Barangan Edisi Khas Yang Diinspirasikan Daripada Palet Nuances 2025

August 25, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Jika sebelum ini Jotun Malaysia hadir dengan kerjasama bersama jenama tempatan terkemuka seperti Pestle & Mortar Clothing dan Christy Ng, kini memperkenalkan satu lagi kolaborasi istimewa dengan ZUS Coffee menerusi kempen ‘Home is Where the Brew is’.

Untuk pengetahuan anda, inisiatif ini bertujuan meraikan momen harian masyarakat Malaysia dengan menggabungkan elemen warna, kopi dan gaya hidup dalam satu pengalaman menyeluruh.

Menurut Jotun Malaysia, kempen kerjasama ini diinspirasikan daripada koleksi warna terbaharu Jotun, iaitu ‘Nuances’ 2025 yang mana ia menekankan bagaimana pemilihan rona warna yang tepat mampu mencipta suasana, memberi kesan kepada objek yang disentuh serta mempengaruhi emosi seharian — sama seperti secawan kopi yang dibancuh sempurna.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, Jotun Malaysia dan ZUS Coffee turut memperkenalkan koleksi barangan edisi khas yang diinspirasikan daripada palet ‘Nuances’ – merangkumi tona pic lembut, hijau menenangkan dan biru menyegarkan. Koleksi tersebut menampilkan:

  • Morning Booster Pack – gabungan kopi pracampur istimewa ZUS Coffee bersama cawan berona lembut Jotun.
  • The Cool Cup – tumbler dwitona yang praktikal untuk kegunaan harian.
  • The Weekender Pack – set hujung minggu lengkap dengan stoking berwarna-warni dan beg tote bergaya.

Dalam masa yang sama, pelanggan yang membeli rangkaian produk cat Jotun Majestic atau Jotashield bernilai RM400 dan ke atas daripada pengedar sah di seluruh negara antara 1 Ogos hingga 31 Oktober 2025, layak menerima ‘Jotun Malaysia x ZUS Coffee Sip & Style Pack’ selagi stok masih ada. Mereka juga akan mendapat satu minuman ZUS Coffee percuma dengan setiap pembelian cat terpilih sepanjang tempoh promosi.

Bagi yang tidak mengetahui, koleksi warna ‘Nuances’ 2025 menampilkan 30 rona daripada enam keluarga warna – biru, kelabu, pic, kuning, kuning air dan hijau. Diilhamkan daripada alam semula jadi serta momen kehidupan harian, palet ini menampilkan keseimbangan antara kelembutan dan kedalaman.

Dengan penggunaan kemasan Majestic Pure Color, koleksi ini mengekalkan ketahanan dan penampilan super-matte yang sofistikated, menjadikannya pilihan tepat untuk mencipta impak berkekalan di ruang kediaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengedar yang mengambil bahagian serta panduan penebusan, ia boleh didapati di https://www.jotun.com/my-en/decorative/promotion.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd