UNIQLO Menampilkan Gaya Ala Perancis Untuk Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025 – Kolaborasi Bersama COMPTOIR DES COTONNIERS

August 26, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Untuk musim luruh dan sejuk pada tahun ini, nampaknya jenama pakaian terkenal dari Jepun iaitu UNIQLO dilihat hadir dengan kolaborasi bersama COMPTOIR DES COTONNIERS menerusi pelancaran koleksi Fall/Winter 2025.

Menampilkan rekaan gaya yang elegan dan berkualiti, koleksi UNIQLO x COMPTOIR DES COTONNIERS ini menampilkan koleksi pakaian yang bertemakan kesederhanaan Perancis. Ia hadir dengan pilihan warna dan material yang teliti, sesuai untuk gaya hidup moden.

Ini kerana, ia menggunakan palet warna yang selari dengan gaya musim luruh dan sejuk seperti warna klasik navy, off-white serta rona warna hangat seperti merah, forest green dan coklat.

Bagi yang berminat, koleksi Fall/Winter 2025 bersama COMPTOIR DES COTONNIERS ini hadir dengan tujuh item utama yang menampilkan baju potongan boxy dan juga pilihan set baju dan seluar. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan siri Corduroy tebal yang merupakan gaya ikonik Perancis menerusi penawaran jaket pendek, miniskirt, seluar yang juga boleh digabungkan sebagai set untuk tampilan yang lebih bergaya.

Khusus untuk peminat knitwear pula, koleksi ini menampilkan sweater dan cardigan berkualiti tinggi dengan fokus pada fabrik dan rekaan, menghasilkan siluet yang sederhana namun elegan.

Berikut adalah senarai produk bersama harga jualan bagi setiap produk:

  • Corduroy Short Jacket (RM249.90)
  • Lambswool Mock Neck Sweater (RM149.90)
  • Wool Blend Polo Sweater (RM149.90)
  • Wool Blend Crew Neck Cardigan (RM149.90)
  • Cotton Popcorn Sweater (RM79.90)
  • Corduroy Curve Pants (RM149.90)
  • Corduroy Mini Skirt (RM149.90)

Untuk mendapatkannya, koleksi ini boleh didapati secara atas talian di UNIQLO Online Store, serta di beberapa cawangan terpilih di Malaysia, termasuk Fahrenheit 88, Mid Valley Megamall, The Exchange TRX, dan Sunway Pyramid bermula 12 September 2025.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd