Bolon Eyewear Hadir Dengan Koleksi SS25 “Sight Unstoppable”
Lina Rosli
Kaca mata hari ini bukan lagi dianggap sekadar pelindung mata, sebaliknya ia menjadi sebahagian daripada identiti dan gaya hidup. Mengangkat elemen ekspresi diri serta keyakinan, Bolon Eyewear memperkenalkan koleksi terbaharu Musim Bunga/Panas 2025 yang dinamakan “Sight Unstoppable.”
Koleksi ini diinspirasikan daripada karakter kota-kota dunia yang penuh dengan ritma, warna dan tenaga tersendiri.

Kempen visualnya yang dirakam di Tokyo menonjolkan kontras antara suasana kota yang sibuk dengan ruang tenang, sekali gus menyampaikan mesej bahawa fesyen bukan hanya tentang penampilan luaran, tetapi juga cara kita melihat dan menilai dunia di sekeliling.
Koleksi SS25 Sight Unstoppable hadir dengan lebih 50 rekaan baharu merangkumi kaca mata hitam dan optikal. Setiap satunya mengambil inspirasi daripada kota ikonik dunia seperti Amalfi, Dubai, Petra, Zermatt dan Kyoto.


Dari siri Shadow yang menampilkan keanggunan lembut, siri Vacay dengan sentuhan gaya percutian, hinggalah kepada siri Istanbul yang menampilkan garisan seni bina moden, setiap rekaan dihasilkan dengan siluet berani, kontur bersih dan kontras sinematik.

Selain menekankan aspek estetika, setiap bingkai turut direka khusus untuk menyerlahkan kesesuaian bentuk wajah moden Asia. Ia menjadikan koleksi ini bukan sahaja relevan untuk kegunaan seharian, malah mampu melengkapkan gaya dengan sentuhan high-fashion yang versatil.
Koleksi Bolon Eyewear SS25 Sight Unstoppable kini boleh didapati di rangkaian A-Look serta kedai bebas terpilih di seluruh Malaysia.