Sephora Beauty Pass Sale – Nikmati Diskaun Sehingga 20% Dan Baucar Eksklusif
Lina Rosli
Sephora kembali dengan kempen Beauty Pass Sale yang dinantikan. Ia menawarkan peluang kepada semua pelanggan bagi memperbaharui rutin kecantikan dengan penjimatan sehingga 20% di seluruh kedai. Sama ada untuk menambah stok produk harian, mencuba skincare baharu atau menghadiahkan diri dengan item wishlist, jualan kali ini hadir dengan pelbagai tawaran menarik.
Akses Awal Untuk Ahli Beauty Pass
Kempen ini memberi keistimewaan kepada ahli mengikut tier keahlian. Ahli Gold Beauty Pass akan menerima akses awal bermula pada 25 Ogos secara atas-talian pada jam 10 malam dan 26 Ogos di kedai fizikal. Sementara itu, ahli Black dan White Beauty Pass boleh mula membeli-belah pada 26 Ogos secara atas-talian pada jam 10 malam dan 27 Ogos di kedai.
Struktur diskaun mengikut tier adalah seperti berikut:
- Gold Tier – Diskaun 20% tanpa perbelanjaan minimum
- Black Tier: – Diskaun 15% tanpa perbelanjaan minimum, atau 20% dengan perbelanjaan RM600 ke atas
- White Tier – Diskaun 15% tanpa perbelanjaan minimum

Selain itu, semua ahli turut menikmati 30% diskaun ke atas koleksi Sephora Collection. Walau bagaimanapun, produk jenama The Ordinary tidak termasuk dalam promosi ini.
Bagi pelanggan yang berbelanja RM450 ke atas, Sephora menawarkan baucar RM20 untuk pembelian seterusnya dengan minimum RM120. Jika perbelanjaan mencecah RM950, pelanggan layak menerima baucar RM50 dengan perbelanjaan minimum RM300.
Tidak hanya itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan Sephora Umbrella edisi eksklusif dengan setiap pembelian RM600 atau lebih, sama ada secara online atau di kedai. Tawaran ini hanya sah selagi stok masih ada.

Antara produk yang menjadi tumpuan sepanjang jualan termasuk:
- Sephora Collection Best Skin Ever Concealer (RM75, 5ml) – menawarkan litupan boleh laras dengan tekstur ringan serta tahan sehingga 16 jam.
- Sephora Collection Best Skin Ever Foundation (RM98, 25ml) – hadir dengan 40 pilihan rona, memberi hasil semula jadi dan tahan lama sehingga 16 jam.
- Kosas DreamBeam Tinted Makeup Prep Base SPF40 (RM195, 40ml) – gabungan perlindungan kulit dengan fungsi primer untuk hasil solekan yang lebih sempurna.
- Rare Beauty Rare Eau De Parfum (RM370, 50ml) – wangian gourmand dengan sentuhan karamel, pistachio dan sandalwood, direka dengan botol mesra pengguna.
- OUAI Melrose Place Super Dry Shampoo (RM148, 127g) – menyerap minyak dan kotoran tanpa meninggalkan kesan pada rambut.
- Glow Recipe Prickly Pear Peptide Mucin (RM164, 40ml) – serum vegan yang memberikan kelembapan mendalam, meningkatkan keanjalan dan memperkuatkan penghalang kulit.
Dengan pelbagai penjimatan, baucar serta hadiah eksklusif yang ditawarkan, Sephora Beauty Pass Sale kali ini menjadi peluang terbaik untuk para pencinta kecantikan menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih bernilai.