Koleksi Skechers Hotshot Baharu – Menampilkan Kasut Retro Dengan Sentuhan Moden

August 27, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Kasut berinspirasikan retro kini kembali menjadi pilihan utama dalam dunia fesyen, dan Skechers juga dilihat tidak ketinggalan dalam memperkenalkan koleksi gaya hidup terbaharunya – iaitu Skechers Hotshot Collection.

Koleksi ini menampilkan dua gaya versatil untuk lelaki dan wanita iaitu Pyke dan Kickoff, yang menggabungkan rekaan klasik berasaskan gaya court-style dengan teknologi keselesaan ikonik Skechers.

Setiap pasang kasut ini dilengkapi dengan Air-Cooled Memory Foam insoles untuk memberikan keselesaan sepanjang hari, manakala penggunaan bahan premium seperti duraleather dan suede overlays memastikan ketahanan serta gaya yang kekal relevan.

Bagi yang berminat, Skechers Hotshot Collection ditawarkan pada harga RM299 – dan boleh didapati secara atas talian di laman web rasmi Skechers dan juga di beberapa butik konsep terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, serta 1 Utama Shopping Centre.

Sama ada untuk berjalan santai di bandar atau bertemu rakan pada hujung minggu, koleksi ini menawarkan keseimbangan sempurna antara keselesaan, gaya, dan fungsi – menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin tampil bergaya tanpa mengorbankan keselesaan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd