Carian
Cuti Tambahan Pada 15 September Dorong Lonjakan Carian Lokasi Pelancongan Di Agoda
August 28, 2025 Lina Rosli

Pengumuman cuti umum tambahan pada 15 September sempena Hari Malaysia nyata menjadi khabar gembira buat rakyat Malaysia. Penambahan cuti ini menjadikan sambutan Hari Malaysia berlangsung dalam suasana hujung minggu panjang selama empat hari, sekaligus membuka peluang besar untuk percutian singkat.

Data daripada Agoda menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti perancangan perjalanan selepas pengumuman tersebut.

Carian penginapan domestik melonjak sebanyak 245%, manakala carian antarabangsa meningkat 117% berbanding dua minggu sebelumnya. Trend ini memperlihatkan akan respons pantas rakyat Malaysia terhadap cuti tambahan, selain turut menyokong akan dapatan tentang percutian spontan yang semakin popular dalam kalangan individu.

Destinasi Pilihan Warga Malaysia

Bagi percutian luar negara, lima destinasi paling mendapat perhatian sempena cuti Hari Malaysia ialah Hat Yai, Bangkok, Singapura, Pulau Batam dan Bali.

Carian ke Hat Yai meningkat sehingga 203%, Singapura 169%, Pulau Batam 221%, Bangkok 73%, dan Bali 60%. Pemilihan destinasi ini turut menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia memilih lokasi dengan masa penerbangan singkat sekitar tiga jam untuk memanfaatkan sepenuhnya cuti empat hari.

Sementara itu, percutian domestik juga kekal menjadi pilihan utama. Port Dickson mencatat peningkatan carian paling tinggi iaitu peningkatan 373%, menandakan lokasi pantai berdekatan masih menjadi destinasi popular bagi mereka yang mengutamakan perjalanan singkat dalam negara.

Dengan akses kepada lebih 6 juta penginapan, 130,000 laluan penerbangan dan 300,000 aktiviti menarikh di seluruh dunia, Agoda terus memudahkan proses perancangan perjalanan. Tawaran harga yangberpatutan serta kemudahan aplikasi mudah alih menjadikan platform ini pilihan utama bagi mereka yang merancang percutian secara spontan.

Bagi warga Malaysia yang ingin menikmati cuti panjang Hari Malaysia dengan percutian singkat, pelbagai pilihan tersedia di www.agoda.com.

Komen