PRISM+ Melancarkan PRISM+ Care – Pelan Langganan Untuk Perkhidmatan Penyelenggaraan Penyaman Udara
Lina Rosli
PRISM+ melancarkan PRISM+ Care, sebuah pelan langganan servis penyaman udara yang menggabungkan kemudahan, kemampuan dan penjagaan jangka panjang.
Antara kelebihan utama PRISM+ Care ialah penggunaan teknologi FoamJet Cleaning yang memberikan cucian lebih mendalam dan higienik berbanding servis konvensional. Kaedah ini membantu mengurangkan keperluan pencucian kimia yang kerap, sekali gus memastikan penyaman udara kekal berfungsi pada tahap optimum.
Pelan ini turut merangkumi isian semula gas percuma serta cucian kimia berkala, menjadikannya penyelesaian menyeluruh untuk memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara.

Menyedari penggunaan tinggi penyaman udara dalam iklim Malaysia, PRISM+ menawarkan tiga pilihan pelan fleksibel iaitu:
- bayaran suku tahunan RM79 seunit
- bayaran tahunan RM375 (bersamaan RM75 seunit)
- pra-bayaran untuk 2 hingga 7 tahun dengan harga serendah RM69 seunit
Semua servis dijalankan oleh juruteknik terlatih dalaman dengan peralatan profesional, memastikan kualiti kerja yang konsisten. Bukan itu sahaja, pelanggan yang melanggan turut boleh menikmati sokongan jaminan sehingga 7 tahun bagi memastikan kebolehpercayaan serta ketenangan fikiran dalam jangka panjang.

Selain FoamJet yang dilakukan setiap tiga bulan, pelanggan juga akan menerima servis kimia setiap 2 tahun untuk pembersihan mendalam pada bahagian dalaman seperti gegelung, kipas blower dan sistem saliran. Gabungan dua kaedah ini memastikan penjimatan tenaga, kebersihan optimum dan mengurangkan risiko kerosakan besar yang memerlukan kos tinggi.

Selari dengan pelancaran PRISM+ Care, PRISM+ turut memperkenalkan PRISM+ Luna Classic, sebuah penyaman udara mampu milik yang direka untuk pemilik rumah yang mengutamakan keselesaan asas tanpa ciri tambahan yang rumit. Ia hadir dengan aliran udara empat hala, penapis udara pelbagai lapisan termasuk karbon aktif dan Vitamin C, serta menggunakan gas mesra alam R32.

PRISM+ Luna Classic ditawarkan pada harga istimewa sempena pelancaran, bermula RM699 untuk model 1.0HP dan RM849 untuk model 1.5HP – khusus untuk 50 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan di laman web PRISM+.
Bagi yang beminat, PRISM+ Care kini boleh dilanggan secara eksklusif di laman web PRISM+ – namun ianya masih lagi terhad untuk pemilik di sekitar Lembah Klang sahaja. Walau bagaimanapun, jenama ini dilihat turut merancang untuk memperluas servis ini ke Johor dan Pulau Pinang bermula suku keempat tahun ini.