UNIQLO Mid Valley Megamall Kini Dibuka Semula – Hadir Ruang Beli-Belah Dua Tingkat

August 29, 2025
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO meraikan satu lagi pencapaian penting di Malaysia dengan pembukaan semula butik UNIQLO Mid Valley Megamall yang kini tampil dengan konsep segar serta ruang beli-belah dua tingkat. Butik ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa, malah mengukuhkan komitmen UNIQLO dalam memenuhi keperluan harian masyarakat tempatan melalui falsafah LifeWear.

Rekaan dalaman butik baharu ini mengetengahkan tekstur semula jadi, tona hangat serta susun atur terbuka yang mewujudkan suasana tenang dan mesra pelanggan. Dengan lokasi strategik di Mid Valley City, butik ini memenuhi gaya hidup pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional, pelajar, keluarga dan pelancong.

Menurut UNIQLO Malaysia, pembukaan semula ini menandakan langkah penting dalam perjalanan mereka bersama pelanggan di Malaysia. Ia mencerminkan komitmen kami untuk menawarkan LifeWear berkualiti tinggi melalui pengalaman beli-belah yang lebih inklusif dan mudah diakses.

Menjelang ulang tahun ke-15 pada November ini, butik Mid Valley menjadi simbol sejauh mana mereka telah berkembang serta kesungguhan kami untuk terus menyediakan pakaian yang direka dengan teliti, sesuai untuk semua.

Sempena pembukaan semula ini, UNIQLO Mid Valley menawarkan beberapa promosi istimewa untuk para pelanggan:

  • Be Early, Be Rewarded (29 Ogos – 1 September): 300 pelanggan pertama setiap hari akan menerima rantai kunci eksklusif UNIQLO.
  • Limited-edition UNIQLO City Tote Bag (29 Ogos – 1 September): Belanja minimum RM250 dalam satu resit untuk membawa pulang tote bag edisi khas “Kuala Lumpur” (selagi stok masih ada).
  • Sanrio Characters UT Flower Cart (29 Ogos – 1 September): Beli 2 helai T-Shirt Sanrio Characters UT pada harga asal dan dapatkan mini bouquet percuma (terhad setiap hari).

Pembukaan semula butik UNIQLO Mid Valley Megamall bukan sahaja memperkukuh kedudukan UNIQLO sebagai peruncit fesyen global, malah menandakan kesinambungan jenama ini dalam berkembang bersama masyarakat Malaysia dengan menawarkan pakaian yang ringkas, berkualiti dan sesuai untuk semua.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd