Nestlé La Cremeria Hadir Dengan Dua Perisa Aiskrim Baharu – Neapolitan Royale Stick & ChocoBerry Royale Pint

August 29, 2025
Makanan & Minuman

Bat

Setiap momen dalam hidup wajar diraikan sama ada kecil mahupun besar. Itulah mesej utama nestlé La Cremeria apabila melancarkan dua perisa baharu iaitu Neapolitan Royale Stick dan ChocoBerry Royale Pint.

Lebih menarik, pelancaran ini turut menampilkan Bella Astillah sebagai wajah rasmi baharu Nestlé La Cremeria yang melambangkan aura positif dan autentik seiring dengan jenama tersebut.

Bagi penggemar aiskrim stik, Neapolitan Royale Stick hadir dengan kombinasi aiskrim vanila dan strawberi yang lembut, dilapisi coklat mewah serta dihiasi kacang pistachio rangup, kranberi masam manis dan rangup ini menjadikan setiap gigitan lebih istimewa.

Manakala untuk yang gemar berkongsi bersama keluarga atau rakan, ChocoBerry Royale Pint menawarkan gabungan aiskrim coklat dan strawberi, diserikan dengan sos coklat pekat serta taburan coklat rangup.

Sempena pelancaran ini, Nestlé menganjurkan Festival Aiskrim Nestlé yang bakal berlangsung di beberapa lokasi:

  • Kuala Lumpur – 28 Ogos hingga 1 September 2025 di Sunway Pyramid
  • Pulau Pinang – 18 hingga 21 September 2025 di Queensbay Mall
  • Johor Bahru – 24 hingga 28 September 2025 (lokasi akan diumumkan)

Di sini, pengujung boleh mencuba sendiri kedua-dua perisa baharu dalam suasana penuh kemeriahan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd