Eco-Shop Menawarkan Lebih 2,000 Keperluan Harian Pada Harga Mampu Milik

September 3, 2025
Promosi

Lina Rosli

Eco-Shop kini membuka peluang kepada rakyat untuk memanfaatkan sepenuhnya insentif RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui lebih 150 cawangan yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Dengan tawaran lebih 2,000 barangan keperluan yang diluluskan, Eco-Shop menyediakan kaedah mudah dan praktikal untuk orang ramai memenuhi keperluan harian mereka.

Melalui kerjasama strategik bersama MyKasih, Eco-Shop memastikan penerima SARA dapat berbelanja dengan lebih efisien. Semua transaksi menggunakan MyKad boleh dibuat terus di kedai, manakala pengguna baharu hanya perlu menetapkan PIN enam digit sebelum memulakan pembelian. Kredit RM100 ini boleh digunakan secara berperingkat sehingga 31 Disember 2025.

Bersempena dengan kerjasama ini juga, Eco-Shop turut mengekalkan harga istimewa bagi semua makanan dan minuman pada RM2.40 setiap satu. Antara barangan yang ditawarkan termasuk makanan asas seperti roti, biskut dan makanan dalam tin, produk kebersihan diri, serta kelengkapan sekolah – menjadikan Eco-Shop destinasi pilihan untuk barangan keperluan harian di bawah program SARA.

Dengan rangkaian kedai yang meluas dan harga berpatutan, inisiatif ini bukan sahaja membantu penerima SARA meregangkan nilai bantuan mereka, malah memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses kepada pilihan barangan penting tanpa mengorbankan kualiti hidup.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai penuh kedai yang mengambil bahagian boleh didapati melalui pautan berikut: https://shorturl.at/10pdf.

Untuk kemaskini terkini, ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia) dan Xiaohongshu (eco-shop MY).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd