Secret Recipe Mempersembahkan Sajian Laksa Ikonik Malaysia Melalui Siri Mee Time

September 3, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Secre Recipe baru-baru ini hadir dengan siri terbaharu yang memfokuskan kepada sajian berasaskan mi iaitu siri Mee Time.

Menerusi siri ini, Secre Recipe hadir dengan aneka jenis hidangan mi yang diinspirasikan daripada warisan kulinari Malaysia. Ia hadir dengan tiga menu utama yang ikonik iaitu Laksa Sarawak, Laksa Johor dan juga Penang White Curry Mee – yang mana masing-masing mewakili citarasa unik dari Borneo, selatan dan juga utara Malaysia.

Bagi anda yang tidak begitu mengetahui mengenai sajian ini, setiap satu hidangan hadir dengan proses penyediaan yang berbeza.

  • Laksa Sarawak (RM23.50) – Merupakan sebuah hidangan yang disediakan bersama kuah berasaskan santan pedas, dan kemudiannya dilengkapi dengan bahan-bahan lain seperti udang, hirisan ayam, telur dadar, sambal serta jus limau nipis bagi memberikan keseimbangan pada rasa.
  • Laksa Johor (RM24.50) – Menggunakan kuah pekat daripada ekstrak daripada ikan yang kemudiannya dimasak bersama ramuan herba dan rempah tradisional seperti serbuk kari, kerisik, jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Laksa ini juga dimakan bersama spaghetti.
  • Penang White Curry Mee (RM24.50) – Hadir dengan kuah kari bersantan yang lemak dan berkrim. Dilengkapkan dengan bahan seperti udang, ayam, sambal sotong, tauhu puff dan juga pes cili merah.

Selain tiga hidangan utama tersebut, pelanggan turut boleh menikmati variasi lain seperti Laksa Singapore Laksa (RM22.50), Penang Asam Laksa (RM23.50) dan Curry Seafood Laksa (RM24.50).

Bukan itu sahaja, bagi melengkapkan hidangan, Secret Recipe turut menyediakan pilihan sampingan termasuk Fish Cake (RM9.90), Deep Fried Wanton (RM11.50), Sampler Trio (RM19.90) serta Spiced Chicken Meat Roll (RM11.90). Hidangan ini boleh dipadankan dengan minuman sparkling menyegarkan seperti Rose Citrus Sparkle, Ume Strawberry Sparkle dan Lychee Citrus Sparkle pada harga RM10.80 setiap satu.

Bagi anda yang ingin mencuba siri Mee Time ini, ia kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Malaysia, kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaharu ini, sila layari www.secretrecipe.com.my.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd