Luckin Coffee x Fiziwoo Lancar Minuman Minty Baharu Dengan Lengan Cawan Eksklusif
Lina Rosli
Baru-baru ini, Luckin Coffee dilihat hadir dengan satu lagi siri minuman terbaharu yang menyegarkan – iaitu Iced Minty Series.
Apa yang menarik untuk siri ini adalah ia menampilkan kolaborasi istimewa bersama pereka fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo. Bersama-sama dengannya, Luckin Coffee x Fiziwoo hadir dengan rekaan lengan cawan (cup sleeve) edisi terhad.
Bagi anda yang berminat, siri minuman ini menampilkan dua pilihan utama iaitu:
- Iced Minty Coconut Latte (RM15.00) yang menggabungkan susu kelapa berkrim dengan rasa mint dan kopi yang segar
- Iced Minty Chocolate Frappe (RM17.00) yang menampilkan minuman bertekstur ais berkrim yang diperkaya dengan koko dan kelapa, memberikan keseimbangan antara indulgence dan sensasi sejuk yang segera.

Seperti yang dikongsikan tadi, kerjasama Luckin Coffee dengan Fiziwoo turut menekankan semangat gaya hidup moden yang meraikan kepelbagaian Malaysia. Lengan cawan eksklusif Luckin Coffee x Fiziwoo direka khusus untuk melengkapkan pengalaman menikmati minuman ini – menampilkan motif batik yang elegan selari dengan elemen budaya di Malaysia.

Menarik bukan? Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menjadi antara yang terawal merasai siri ini. Anda boleh mula berkunjung ke cawangan Luckin Coffee terpilih berdekatan anda. Untuk kemaskini mengenai promosi serta tawaran eksklusif, anda boleh mula muat turun aplikasi mudah alih Luckin Coffee di App Store dan Play Store bermula hari ini.