ANTA Malaysia Hadir Dengan Koleksi Kasut Santai – ANTA Mary 2 Beach Sandals

September 4, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Dalam dunia fesyen masa kini, satu perkara yang semakin mendapat perhatian ialah keseimbangan antara keselesaan dan gaya.

Ramai dalam kalangan individu kini bukan sekadar mencari kasut yang bukan sahaja praktikal dipakai seharian, tetapi juga mempunyai nilai estetika yang mampu menyerlahkan personaliti. Dan mungkin, koleksi baharu dari ANTA ini akan menarik perhatian anda.

Baru-baru ini, ANTA telah memperkenalkan ANTA Mary 2 Beach Sandals, sebuah koleksi sepatu yang membawa inspirasi catwalk ke gaya harian dengan penuh versatiliti.

Direka dengan struktur yang ringan, sandal ini memberi rasa selesa sepanjang pemakaian, menjadikannya sesuai untuk cuaca tropika dan gaya hidup aktif masyarakat urban.

Reka bentuknya pula mengetengahkan siluet moden dengan garis minimalis yang ringkas tetapi bergaya, sesuai dipadankan bersama denim, skirt kasual mahupun busana santai. Elemen inilah yang menjadikan Mary 2 Beach Sandals bukan sekadar sandal yang pakai di pantai, tetapi aksesori fesyen yang boleh melengkapkan penampilan harian anda.

Untuk koleksi ini juga, ia hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih serta warna beige – menampilkan pilihan warna yang memudahkan penyuaian kasut dengan gaya harian.

Bagi mereka yang berminat, ANTA Mary 2 Beach Sandals kini boleh didapati di semua kedai ANTA terpilih, serta di platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, dan kedai atas talian ANTA pada harga hanya RM219.00 sepasang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd