Nespresso Memperkenalkan Pelan Langganan Mesin Pada Harga Bermula RM50

September 10, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Nespresso Malaysia memperkenalkan satu cara baharu untuk menikmati kopi gaya kafe dari rumah dengan lebih bijak – menerusi Pelan Langganan Mesin. Dengan hanya bayaran permulaan RM50, pelanggan berpeluang memiliki mesin kopi Nespresso pilihan mereka.

Melalui pelan ini, pelanggan boleh memilih yuran langganan bulanan antara RM80 hingga RM250, yang mana keseluruhan jumlah tersebut akan dikembalikan sepenuhnya dalam bentuk kredit kopi dan aksesori.

Pelan langganan ini menawarkan nilai pintar serta fleksibiliti kepada pengguna. Antara mesin yang ditawarkan termasuklah Essenza Mini yang kompak pada kadar RM80 sebulan, serta pakej Essenza Mini Bundle dengan Aeroccino pada RM120 sebulan.

Bagi mereka yang menginginkan teknologi Vertuo, pilihan merangkumi Vertuo Pop yang kini hadir dengan warna baharu Lilac pada RM140 sebulan, serta Vertuo Next pada kadar RM160 sebulan. Pelanggan juga boleh memilih mesin Atelier pada RM170 sebulan untuk fungsi serba boleh, atau Lattissima Touch pada RM250 sebulan untuk resipi berasaskan susu dengan frother terbina dalam.

Menurut Nespresso, bagi setiap yuran bulanan yang dibayar akan dikembalikan sepenuhnya dalam bentuk kredit kopi yang boleh digunakan untuk membeli kapsul atau aksesori Nespresso. Kredit ini sah selama 12 bulan, termasuk selepas pelan langganan ditamatkan, sekaligus memberikan fleksibiliti maksimum kepada pelanggan.

Setiap langganan turut disertakan dengan manfaat penuh sama seperti pembelian mesin biasa seperti:

  • penghantaran mesin baharu
  • kit rasa percuma
  • jaminan dua tahun
  • penghantaran percuma bagi pesanan kopi secara atas talian dengan jumlah pembelian minimum

Bukan itu sahaja, Nespresso turut mengekalkan langganan selama 12 bulan akan menerima ganjaran tambahan berupa 10% kredit setiap bulan bermula dari bulan ke-13. Ahli juga mendapat akses eksklusif kepada pelbagai keistimewaan khas menerusi Nespresso Club.

Pengenalan Kapsul Kopi Edisi Terhad – Caffè Florian

Bersempena dengan kempen ini juga, Nespresso turut memperkenalkan kapsul edisi terhad Caffè Florian untuk mesin Nespresso Original. Ristretto ini diinspirasikan daripada kafe bersejarah Venice yang diasaskan pada tahun 1720, dengan rasa kaya gabungan coklat gelap, rempah hangat dan lapisan crema beraroma kekacang.

Bagi peminat kopi yang ingin merasai pengalaman penuh, Nespresso turut menawarkan set eksklusif yang mengandungi sepasang gelas Reveal dan dua kotak kapsul Caffè Florian, selagi stok masih ada.

Kempen ini turut bertepatan dengan pelancaran pilihan kopi bermusim. Untuk pengguna mesin Nespresso Original, pilihan termasuk Pumpkin Spice Cake (110ml) dan Maple Pecan (110ml) yang akan ditawarkan bermula 13 September.

Sementara itu, pengguna mesin Vertuo boleh menikmati Pumpkin Spice Cake (230ml), Maple Pecan (230ml), serta dua perisa baharu yang akan dilancarkan pada 17 September, iaitu Gingerbread dan Peppermint Pinwheel.

Pendaftaran pelan langganan ini boleh dibuat dengan mudah melalui laman web rasmi di nespresso.com/my/en/machine-subscription. Pelanggan hanya perlu memilih mesin, memilih pelan langganan, dan mula menikmati kopi Nespresso dari keselesaan rumah.

Kempen ini berlangsung dari 2 September hingga 12 Oktober 2025, namun pelan langganan mesin Nespresso ditawarkan sepanjang tahun. Maklumat lanjut boleh diperoleh di nespresso.com/my, atau melalui saluran rasmi media sosial Nespresso Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd