Luckin Coffee X FIZIWOO Menampilkan Kafe Berwajah Batik Di Pavilion Damansara Heights
Lina Rosli
Jenama kopi antarabangsa, Luckin Coffee dilihat terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan konsep kafe yang cukup unik di Pavilion Damansara Heights. Kali ini, Luckin Coffee tampil dengan kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan tersohor, FIZIWOO, dalam membawa sentuhan batik eksklusif ke dalam rekaan dalaman kafe.
Kerjasama ini bukan sekadar membawa citarasa kopi premium, tetapi juga mengangkat nilai seni warisan melalui interpretasi moden batik pada ruang kafe. Setiap perincian dekorasi, daripada dinding hingga ke elemen hiasan, direka untuk mencerminkan gabungan elegan antara tradisi dan gaya kontemporari yang menjadi DNA FIZIWOO.


Dengan kehadiran konsep ini, Luckin Coffee dilihat mengambil langkah berani untuk menyesuaikan identitinya dengan pasaran Malaysia, di samping menyokong penggiat seni tempatan. Pavilion Damansara Heights kini menjadi destinasi bukan sahaja untuk pencinta kopi, tetapi juga mereka yang menghargai estetika dan kreativiti dalam pengalaman menjamu selera.

Bukan itu sahaja, Luckin Coffee turut hadir dengan menu istimewa bersempena kolaborasi ini – memperkenalkan Iced Minty Series yang menyegarkan. Siri ini menampilkan dua pilihan utama iaitu:
- Iced Minty Coconut Latte (RM15.00) – gabungan susu kelapa berkrim dengan kesegaran mint dan kopi yang seimbang.
- Iced Minty Chocolate Frappe (RM17.00) – minuman bertekstur ais berkrim dengan rasa koko dan kelapa, memberikan indulgence yang memuaskan bersama sensasi dingin segera.

Menariknya lagi, kolaborasi ini turut memperkenalkan lengan cawan edisi terhad Luckin Coffee x FIZIWOO yang direka dengan motif batik moden, menjadikan setiap tegukan kopi lebih istimewa. Ia sekaligus menambah nilai eksklusif kepada pengalaman pelanggan, selaras dengan usaha Luckin Coffee meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dalam gaya moden.
Bagi anda yang ingin menjadi antara yang terawal mencuba siri baharu ini, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke cawangan Luckin Coffee terpilih. Untuk tawaran terkini dan promosi eksklusif, aplikasi mudah alih Luckin Coffee kini boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.