Secret Recipe Memperkenalkan Pek Adunan Kek Sedia Masak Pada Harga Bermula RM9.90
Lina Rosli
Secret Recipe kini memperkenalkan promosi istimewa bagi produk Cake Premix atau pek adunan kek sedia masak di cawangan terpilih seluruh negara. Untuk pek adunan ini, Secret Recipe hadir dengan tiga pilihan kek iaitu Fudgy Brownie, Butterlicious dan Classic Chocolate.
Bermula dari 4 Ogos hingga 30 September 2025, pelanggan boleh mendapatkan produk ini pada harga berpatutan untuk memudahkan aktiviti membakar kek di rumah.
Promosi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- 1 kotak Cake Premix pada harga RM9.90
- 2 kotak Cake Premix pada harga RM16.90
Tawaran ini boleh dinikmati oleh semua pelanggan, sama ada ahli mahupun bukan ahli Secret Recipe.

Promosi ini hanya tersedia di rangkaian outlet terpilih termasuk Secret Recipe Mid Valley, Secret Recipe KLCC, Secret Recipe 1 Utama, Secret Recipe Sunway Pyramid, Secret Recipe East Coast Mall Kuantan, Secret Recipe Ipoh Parade, Secret Recipe Publika dan banyak lagi.
Dengan harga yang lebih mampu milik, produk Cake Premix ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menghasilkan kek dengan lebih cepat dan mudah – sesuai sama ada untuk sambutan istimewa bersama keluarga atau sekadar aktiviti santai di rumah.