NutriWell Kini Tiba Di Malaysia – Tawar Alternatif Minuman Berasaskan Tumbuhan Yang Lebih Sihat

September 11, 2025
Gaya Hidup

Lina Rosli

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) memperkenalkan secara rasmi jenama kesihatan dan kesejahteraan mereka, NutriWell, ke pasaran Malaysia.

Selepas pengenalannya di Singapura dan juga Thailand, nampaknya kini NutriWell meneruskan misi serantau untuk menjadikan gaya hidup lebih sihat sesuatu yang mudah dicapai melalui minuman berasaskan tumbuhan yang enak dan berkhasiat.

Lebih daripada sekadar jenama minuman, NutriWell menekankan pendekatan menyeluruh terhadap kesejahteraan. Ia bukan sahaja menampilkan rasa yang enak, tetapi turut disokong dengan kebaikan nutrisi untuk menyokong gaya hidup moden tanpa perlu berkompromi pada kualiti.

Pelancaran ini turut disertai dengan kempen serantau bertajuk Healthy Should Taste This Good. Menerusi kempen tersebut, NutriWell menolak tanggapan lama bahawa pilihan sihat seringkali membosankan dengan menampilkan minuman berasaskan tumbuhan yang bukan sahaja menyihatkan, malah benar-benar sedap dinikmati.

Antara rangkaian yang diperkenalkan termasuk:

  • NutriWell Oat M!lk – alternatif berkrim tanpa tenusu, tinggi vitamin D dengan tekstur lembut.
  • NutriWell Almond M!lk – rasa kekacang yang kaya serta menjadi sumber kalsium.
  • NutriWell Oats & Quinoa Soy M!lk – gabungan oat dan quinoa yang penuh khasiat.
  • NutriWell Purple Rice Soy M!lk – campuran unik beras ungu yang kaya antioksidan bersama soya, juga membekalkan serat.

Kesemua varian ini diformulasi bebas kolesterol, tanpa bahan pengawet tambahan, tinggi vitamin D dan mengandungi kalsium – sesuai untuk mereka yang mencari pilihan berasaskan tumbuhan yang sihat serta mesra gaya hidup moden.

Bagi mengukuhkan lagi kedudukan jenama, NutriWell turut melancarkan laman web dan platform media sosial rasmi. Ruang digital ini berfungsi sebagai hab kandungan interaktif yang berkongsi tip kesihatan, maklumat ramuan serta inspirasi gaya hidup sihat. Dengan pendekatan ini, NutriWell berharap dapat menjadikan kesejahteraan lebih mudah diakses dan relevan untuk masyarakat hari ini.

Di Malaysia, kesemua empat varian NutriWell kini boleh didapati di rangkaian pasar raya utama termasuk Giant, Lotus’s, AEON MaxValu, AEON BiG, Mydin, serta beberapa cawangan Jaya Grocer dan TFP Retail terpilih.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd