Sunday Staples Buka Butik Pertama Di Malaysia Di Pavilion Bukit Jalil
Lina Rosli
Bagi penggemar koleksi kasut dari Sunday Staples, jenama gaya hidup ini kini rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pembukaan butik pertamanya di Pavilion Bukit Jalil.
Langkah ini menandakan perkembangan besar bagi jenama yang diasaskan oleh Cherriann Wong, yang bermula sebagai projek kecil dari rumah sebelum berkembang menjadi jenama kasut popular dengan lebih 200,000 pasang terjual dalam tempoh lima tahun.

Sunday Staples terkenal dengan komitmen untuk menggabungkan keselesaan, fungsi dan gaya feminin versatil. Antara koleksi yang paling dikenali ialah Cloud Series, iaitu kasut dengan padding ultra-lembut dan anjal – ia direka untuk memberi keselesaan sepanjang hari tanpa mengorbankan elemen gaya.
Menurut pengasasnya, Cherriann Wong, pembukaan butik ini hadir selepas melihat permintaan yang tinggi daripada pelanggan Malaysia yang sebelum ini hanya boleh membeli secara atas talian. Dengan kehadiran butik fizikal, pelanggan kini berpeluang mencuba sendiri rekaan kasut yang direka khusus untuk kegunaan harian.

Selain menekankan aspek keselesaan, Sunday Staples turut memberi perhatian terhadap iklim tropika Malaysia. Kasut dihasilkan menggunakan bahan inovatif seperti Microfibre Leather, alternatif vegan yang lebih tahan lama, serta pilihan fabrik kalis air termasuk Waterproof Linen, Waterproof Satin dan Waterproof Suede.
Reka bentuknya juga diolah agar sesuai dengan bentuk kaki Asia, dengan ciri seperti tali kulit lembut, padding tambahan pada ballet flats, Flyknit uppers, dan pilihan kasut tumit rendah serta block heels.
Bgai anda yang berminat untuk mendapatkan koleksi kasut dari Sunday Staples, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Pavilion Bukit Jalil yang terletak di aras 3-64 di Pink Zone.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi penuh, layari sundaystaples.com/en-my atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.