Huda Beauty Memperkenalkan Easy Bake Loose Setting Powder Duo Dengan Dua Warna Ikonik

September 18, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Huda Beauty kembali dengan inovasi terbaharu menerusi pelancaran Easy Bake Loose Setting Powder Duo. Produk ini menampilkan dua pilihan warna dalam satu bekas – direka khusus untuk memberi hasil solekan yang lebih halus, tahan lama dan berseri.

Menggabungkan dua tona popular iaitu Brightening Pink dan Color-Correcting Peach, produk ini bukan sahaja membantu mencerahkan kawasan bawah mata, malah berfungsi untuk menutup cela dan menyeimbangkan tona kulit. Hasilnya adalah kemasan matte yang ringan, tanpa kesan kilauan pantulan cahaya kamera (flashback), serta mampu bertahan sehingga 18 jam.

Untuk Easy Bake Duo ini juga, ia memberikan pengguna kebebasan untuk menggabungkan kedua-dua warna bagi menghasilkan tona tersendiri yang sesuai dengan keperluan individu. Ini kerana setiap duo membolehkan anda mencipta shade sempurna mengikut keperluan kulit individu.

Easy Bake Loose Setting Powder Duo ditawarkan dalam dua variasi:

  • Cherry Peach (untuk kulit Light hingga Medium) – Cherry Blossom Cake & Peach Pie
  • Pink Pumpkin (untuk kulit Tan hingga Deep) – Pink Velvet Cookie & Pumpkin Pie

Selain itu, formulasi produk ini diperkaya dengan kanji beras untuk menyamarkan liang pori, micronized powder bagi memberi kemasan ringan, serta vitamin E yang membantu melembutkan kulit.

Bagi yang berminat, produk ini akan mula dijual di pasaran bermula 2 Oktober 2025 pada harga RM210 dan boleh didapati di Sephora, ZALORA, Lazada serta kaunter Seibu terpilih.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd