Ulasan Redmi 15C – Peranti Bajet Dengan Rekaan Elegan Dan Kuasa Bateri Tahan Lama
Bat
Pengalaman saya menggunakan Redmi 15C telah membawa saya ke tempat-tempat yang penuh kenangan. Dari merakam momen-momen istimewa dengan orang tersayang, hingga menerokai keindahan alam yang tidak terkata, setiap detik terasa lebih bermakna dengan telefon pintar Redmi 15C. Telefon ini bukan sekadar peranti harian, tetapi menjadi teman setia dalam mengabadikan kisah dan suasana yang saya alami.
Rekaan Elegan dan Vibran
Apabila pertama kali menggenggam Redmi 15C, perkara yang paling menyerlah ialah rekaan badannya yang ramping dengan ketebalan hanya sekitar 7.99mm. Skrin LED penuh seluas 6.9 inci memberi pengalaman tontonan yang luas, manakala kemasan belakang matte menjadikan telefon ini tampak moden dan elegan.


Sistem kamera belakang disusun kemas dengan lensa utama 50MP yang memberi keyakinan untuk merakam gambar berkualiti, manakala kamera hadapan 8MP pula sesuai untuk swafoto atau panggilan video dengan jelas.


Redmi 15C juga tampil dalam pilihan warna vibran iaitu Midnight Black, Mint Green, Moonlight Blue dan Twilight Orange. Pilihan ini memberi peluang kepada pengguna untuk memilih gaya yang paling sesuai dengan personaliti mereka, sama ada mahu kelihatan klasik, ceria atau berani.
Kalis Air dan Versatile untuk Aktiviti Harian
Telefon ini bukan sahaja cantik dari segi rekaan, tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian. Dengan penarafan IP64, Redmi 15C tahan terhadap habuk dan percikan air, sekali gus menjadikannya lebih tahan lasak dalam pelbagai situasi. Ia turut menyokong teknologi Wet Touch 2.0 yang membolehkan skrin digunakan walaupun dalam keadaan basah, contohnya ketika terkena hujan atau selepas mencuci tangan.

Selain itu, Redmi 15C dilengkapi dengan sokongan DC Dimming dan pensijilan TÜV Rheinland untuk Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly. Ini bermaksud paparan skrin lebih selesa digunakan dalam tempoh panjang tanpa mudah menyebabkan keletihan mata, sesuatu yang sangat penting untuk pengguna aktif yang kerap menonton video atau membaca artikel di telefon.


Sokongan AI Pintar Untuk Fotografi Yang Mengagumkan
Dari segi perisian, Redmi 15C hadir dengan Gemini AI yang membantu dalam meningkatkan pengalaman penggunaan, sama ada untuk mencari maklumat, menulis nota atau berinteraksi dengan aplikasi.


Tambahan pula, terdapat fungsi Circle to Search with Google yang membolehkan pengguna membuat carian pantas hanya dengan melingkari objek atau perkataan di skrin. Ciri ini bukan sahaja memudahkan pencarian maklumat, tetapi juga menjadikan pengalaman menggunakan telefon lebih interaktif. Sebagai contoh, ketika saya ingin mencari maklumat tentang barangan yang dijual di Pasar Payang, saya hanya menggunakan fungsi Circle to Search with Google. Saya lingkarkan perkataan di skrin, dan semua maklumat berkaitan terus keluar. Sangat mudah dan pantas.


Dari segi fotografi pula, Redmi 15C memberikan hasil yang memuaskan. Saya sering menggunakan mod Ultra HD untuk merakam suasana gambar, manakala mod Potret pula menjadi kegemaran saya ketika mengambil sesuatu objek dan gambar individu. Sebagai seseorang yang gemar berswafoto, fungsi Selfie Beauty Mode juga sangat membantu kerana ia memberikan sentuhan lembut pada gambar tanpa membuat wajah kelihatan terlalu berlebihan.






Lain-lain hasil gambar kegemaran saya, seperti gambar potret, gambar jalanan dan gambar makanan adalah seperti berikut:




Bateri Kapasiti Besar
Satu lagi perkara yang membuatkan saya selesa menggunakan Redmi 15C ialah ketahanan baterinya. Dengan kapasiti besar 6000mAh, saya tidak perlu risau telefon cepat habis bateri. Malah, dengan sokongan pengecasan pantas 33W, saya boleh mengecas sehingga 50% dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Saya masih ingat ketika berjalan sepanjang hari di Kuala Terengganu – dari membeli-belah di Pasar Payang hingga bersantai di Pantai Penarik – telefon ini tetap mampu bertahan hingga ke malam. Saya boleh merakam gambar, menggunakan peta, membalas mesej, dan menonton video tanpa perlu mencari tempat pengecas.

Adakah Redmi 15C Teman Setia Anda Dalam Merakam Momen Isitmewa?
Selepas mencubanya sendiri, saya boleh katakan bahawa Redmi 15C benar-benar teman setia dalam perjalanan saya. Ia membantu saya mengabadikan kenangan, memberi ketenangan dengan ketahanan bateri yang lama, dan melindungi saya daripada kerisauan kecil seperti percikan air hujan.
Namun begitu, bagi mereka yang mahukan fungsi kecerdasan buatan lanjutan atau fotografi bertaraf profesional, mungkin ada peranti lain yang lebih sesuai. Tetapi untuk saya yang mengutamakan gaya, ketahanan, dan kepraktisan – Redmi 15C sudah lebih daripada mencukupi.
Untuk mendapatkan Redmi 15C, berikut adalah maklumat harga dan variasi storan di Malaysia:
- Redmi 15C (6GB RAM + 128GB): RM429
- Redmi 15C (8GB RAM + 256GB): RM529
Telefon ini boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi, mi.com, Shopee, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti perkembangan mereka melalui laman sosial rasmi Xiaomi di:
- facebook: https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia
- Instagram: https://www.instagram.com/xiaomi.malaysia/
- TikTok: https://www.tiktok.com/@xiaomimalaysia