Wah Chan 70 Tahun – Bermula Dengan Sebuah Cinta, Kini Mencipta Legasi Aksesori Perhiasan

September 24, 2025
syarikat

Lina Rosli

Jika sebut sahaja tentang Wah Chan, pasti ramai dalam kalangan anda akan terfikir tentang sebuah jenama barang kemas dan aksesori perhoasan yang paling lama bertapak di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Wah Chan kini meraikan ulang tahun ke-70 – yang mana di sepanjang tujuh dekad ini, mereka bukan sahaja menandakan perjalanan panjang sebuah perniagaan keluarga, tetapi juga kisah cinta, warisan, dan kepercayaan yang terus dipertahankan bersama generasi rakyat Malaysia.

Asal Usul Wah Chan – Bermula Dengah Sebuah Cinta

Asal usul Wah Chan bermula pada tahun 1955 di Pekan, Pahang, dengan sebuah kedai emas kecil yang dibina oleh pasangan suami isteri – mendiang Encik Koh Kui Wah dan Puan Lai Swee Chan. Berbekalkan minat mendalam terhadap seni pertukangan emas dan semangat keusahawanan, pasangan ini meletakkan asas kepada jenama yang kini menjadi pilihan kebanyakan individu dan penggemar barang kemas.

Jenama ini kemudiannya, membuka cawangan kedua pada tahun 1976 di Kuantan, Jalan Bukit Ubi. Langkah ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama emas pilihan. Enam tahun kemudian, pada 1982, Wah Chan melangkah keluar dari negeri kelahirannya dengan membuka cawangan di PJ State New Town, menandakan kehadiran rasmi di Selangor.

Dari sebuah kedai emas tradisional, Wah Chan berkembang pesat dengan rangkaian kedai barang kemas yang merangkumi emas, berlian, jed dan batu permata – kesemuanya direka untuk menjadi sebahagian daripada momen kehidupan paling bermakna, daripada lamaran hingga sambutan ulang tahun.

Era 1980-an turut menyaksikan jenama ini terus mengembangkan sayap. Pada 1986, Wah Chan memasuki ibu kota dengan cawangan di Bangunan MAS, Kuala Lumpur – satu langkah penting ke arah pengiktirafan nasional. Kegemilangan ini diteruskan pada 1999 apabila Wah Chan menjadi pilihan utama negara dengan 23 cawangan, termasuk kehadiran di pusat beli-belah ikonik Mid Valley Megamall.

Memasuki era moden, Wah Chan terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama terkemuka. Pada tahun 2018, syarikat ini berpindah ke Wisma Wah Chan, sebuah ibu pejabat korporat moden yang juga menempatkan bilik pameran barang kemas terbesar di Malaysia. Perkembangan ini menjadi bukti keupayaan jenama menggabungkan warisan pertukangan dengan aspirasi kontemporari.

Hari ini, Wah Chan berdiri megah dengan lebih 55 cawangan di seluruh negara, menawarkan bukan sahaja koleksi eksklusif, tetapi juga perkhidmatan peribadi termasuk rekaan khas, pelaburan emas dan penjagaan sepanjang hayat.

Kejayaan ini didorong oleh komitmen yang konsisten terhadap mutu dan seni pertukangan, di mana setiap koleksi dihasilkan oleh pasukan tukang emas, pakar batu permata dan pereka yang menggabungkan warisan dengan inovasi kontemporari.

Bukan itu sahaja, jenama barang kemas ini juga turut telah memperluaskan penawarannya ke lebih banyak negara termasuk Singapura dan juga China.

Koleksi Ulang Tahun Ke-70 – Love Infinity

Sebagai tanda penghormatan kepada tujuh dekad perjalanan, Wah Chan memperkenalkan Love Infinity, sebuah koleksi premium yang meraikan makna cinta dalam pelbagai bentuk – diri sendiri, pasangan, anak-anak, dan keluarga.

Setiap warna dalam koleksi ini membawa simbolik tersendiri yang mana merah untuk semangat, hijau untuk kesihatan, putih untuk kedamaian, berlian untuk cinta abadi, dan emas untuk keberkatan rezeki.

Tumpuan koleksi ini ialah Love Infinity 24K Bracelet, gelang 24K pertama rekaan khas Wah Chan yang boleh disesuaikan dan direka oleh Amanda Koo sendiri. Hanya 70 unit eksklusif dikeluarkan di seluruh dunia, setiap satunya terukir logo khas ulang tahun dan hadir bersama laporan pengesahan serta keistimewaan tukar percuma sebanyak dua kali sepanjang hayat. Gelang ini ditawarkan pada harga permulaan RM4,950 dan kini sudah boleh dipra-tempah di kesemua 56 cawangan Wah Chan.

Selain itu, Wah Chan turut memperkenalkan 70th Anniversary Gold Bar, bar emas edisi kolektor dengan simbol keberkatan seperti kesihatan, cinta, panjang umur, dan kekayaan.

Sebagai nilai tambah, 70 pembeli bertuah akan menikmati jaminan 100% Buy Back selama tujuh tahun, dengan pertumbuhan nilai tahunan terjamin sebanyak 7% untuk tiga tahun pertama. Ditawarkan pada harga RM3,000, nilainya dijangka meningkat kepada RM3,630 menjelang tamat tempoh kitaran.

Kempen “Celebrate 70 Years of Love”

Bermula hari ini sehingga 13 Disember 2025, Wah Chan mengajak rakyat Malaysia menyertai sambutan ulang tahun menerusi kempen Celebrate 70 Years of Love. Antara tawaran istimewa termasuk:

  • Potongan RM70 bagi setiap gram pertama emas 916.
  • Penjimatan sehingga 70% untuk barangan terpilih.
  • Cabutan bertuah mingguan, bulanan dan hadiah utama berupa kereta Tesla Model 3.
  • Ganjaran eksklusif seperti baucar bernilai RM700 dan hadiah percuma dengan pembelian terpilih.
  • Cabaran interaktif mingguan Gold Beans Challenge.
  • Kempen “Call to Say I Love You or Thank You” dengan baucar tunai RM700.

Selain promosi, Wah Chan turut merancang aktiviti komuniti seperti Love in Every Step Fun Duo Run pada 30 November, serta pertandingan khas AI Song & Wah Chan Dance bersama kolej dan sekolah tarian tempatan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd