Membongkar Mitos Peti Sejuk Yang Sering Disalah Anggap

September 25, 2025
Keperluan Rumah

Lina Rosli

Peti sejuk telah menjadi nadi utama dapur moden sejak ia diperkenalkan pada abad ke-20. Ia bukan sahaja memanjangkan jangka hayat makanan, tetapi juga memastikan keselamatan pemakanan seisi rumah.

Namun begitu, walaupun hampir setiap isi rumah memiliki peti sejuk, masih banyak mitos yang diwarisi daripada amalan tradisi atau kefahaman lama yang tidak lagi sesuai dengan teknologi masa kini. Tanpa disedari, mitos ini boleh mengurangkan keberkesanan peti sejuk, malah menjejaskan kesihatan pengguna.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyimpanan makanan pada suhu yang betul adalah salah satu faktor utama dalam mencegah keracunan makanan. Namun, cara masyarakat menggunakan peti sejuk sering kali dipengaruhi oleh kebiasaan berbanding pengetahuan saintifik. Mari kita teliti beberapa mitos yang masih dipercayai ramai, dan mengapa ia perlu ditinggalkan.

Mitos 1 – Letak makanan di mana sahaja ada ruang

Ramai beranggapan semua ruang dalam peti sejuk mempunyai suhu yang sama. Hakikatnya, perbezaan suhu wujud antara rak atas, rak tengah, rak bawah, serta laci crisper.

  • Rak bawah adalah bahagian paling sejuk dan sesuai untuk daging mentah, ayam serta makanan laut bagi mengelakkan pencemaran silang.
  • Rak tengah paling ideal untuk produk tenusu, telur, dan lebihan makanan.
  • Rak atas lebih sesuai untuk makanan sedia dimakan seperti yogurt, keju, dan daging sejuk.
  • Laci crisper direka khas untuk mengawal kelembapan agar buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar lebih lama.

Penyusunan yang betul bukan sahaja mengekalkan kesegaran, tetapi juga mengurangkan risiko pencemaran makanan yang boleh membawa penyakit bawaan makanan.

Mitos 2 – Lebih sejuk peti sejuk bermaksud lebih baik

Ada pengguna yang memilih untuk menurunkan suhu peti sejuk serendah mungkin kerana percaya ia lebih baik untuk makanan. Sebenarnya, suhu yang terlalu rendah boleh merosakkan tekstur makanan segar serta menyebabkan produk tenusu membeku.

Suhu ideal peti sejuk yang disarankan oleh pakar keselamatan makanan ialah antara 1°C hingga 4°C. Manakala peti beku pula perlu berada pada suhu -18°C atau lebih rendah untuk memastikan makanan kekal selamat dimakan dalam jangka masa panjang.

Mitos 3 – Serbuk penaik boleh menghilangkan bau busuk

Kotak serbuk penaik yang diletakkan di dalam peti sejuk sememangnya boleh menyerap sebahagian bau, tetapi ia tidak menyelesaikan punca sebenar iaitu pertumbuhan bakteria. Bau yang berterusan menunjukkan ada masalah kebersihan atau sisa makanan yang telah rosak.

Kaedah moden yang lebih berkesan ialah penggunaan peti sejuk dengan fungsi penyahbauan aktif, yang membebaskan ion atau ozon untuk membasmi bakteria dan mengekalkan persekitaran dalaman yang segar.

Mitos 4: Peti sejuk hanyalah kotak penyimpan makanan

Sebenarnya, peti sejuk adalah salah satu peralatan rumah yang paling kritikal untuk gaya hidup sihat. Pemilihan model yang tepat bukan sahaja mempengaruhi kualiti makanan, tetapi juga bil elektrik, keselesaan dapur, dan bahkan reka bentuk kediaman.

Antara faktor penting yang perlu diberi perhatian termasuk:

  • Saiz dan integrasi ruang – memastikan peti sejuk sesuai dengan ruang dapur tanpa mengganggu aliran pergerakan.
  • Teknologi canggih – sistem kawalan kelembapan, pensterilan aktif, serta penyahbauan automatik.
  • Kecekapan tenaga – peti sejuk menyumbang penggunaan elektrik yang besar di rumah. Model cekap tenaga memberi penjimatan jangka panjang.
  • Kualiti binaan – peti sejuk berkualiti tinggi direka untuk tahan lebih lama, menjadikannya pelaburan berbaloi.

Mitos 5: Simpan makanan dalam tin selepas dibuka

Walaupun mudah, menyimpan makanan terus di dalam tin selepas dibuka boleh mendatangkan risiko. Tindak balas oksigen boleh menyebabkan logam berkarat, dan pencemaran ini berisiko lebih tinggi pada makanan berasid seperti sos tomato.

Langkah terbaik ialah memindahkan makanan ke dalam bekas kedap udara sama ada kaca atau plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Mitos 6: Membalut sayur dengan surat khabar mengekalkan kesegaran

Amalan ini mungkin popular suatu ketika dahulu, tetapi ia tidak lagi sesuai diamalkan. Dakwat cetakan mengandungi bahan kimia yang boleh meresap ke dalam sayur. Sebaliknya, laci crisper moden dalam peti sejuk direka dengan sistem kawalan kelembapan yang lebih selamat dan efektif.

Solusi Moden Menerusi Peti Sejuk Haier Space Fit

Bagi menjawab cabaran penggunaan peti sejuk masa kini, Haier memperkenalkan siri Space Fit yang memberi penekanan kepada rekaan praktikal, teknologi pintar, serta keselesaan pengguna bandar.

Ciri utama yang ditawarkan termasuk:

  • Jurang pemasangan 0cm, membolehkan peti sejuk dipasang rapat ke kabinet untuk kemasan lebih kemas.
  • Bottom-front Heat Release, sistem aliran udara unik yang meningkatkan kecekapan penyejukan.
  • Engsel 108° Dual-Axis, memudahkan akses walaupun ruang dapur sempit.
  • HCS Humidity Control System & Fresher Shield, mengekalkan kesegaran hasil segar lebih lama dan mengurangkan pembaziran makanan.
  • Teknologi ABT Pro, yang mampu membasmi kuman dalam masa 2 minit serta menyahbau dalam 6 minit dengan kadar keberkesanan sehingga 99.9999%.
  • Zon Minuman khusus dan Sistem Smart Ice Automatik untuk kemudahan harian tanpa bersepah.

Dengan harga bermula RM6,999, Haier Space Fit bukan sekadar peti sejuk biasa, tetapi penyelesaian menyeluruh untuk dapur moden. Ia membantu menjaga kualiti makanan, mengurangkan pembaziran, serta memberikan nilai tambah kepada gaya hidup seharian.

Mitos-mitos lama mengenai peti sejuk sering diamalkan kerana kebiasaan, bukannya pengetahuan. Namun, dengan pemahaman yang lebih baik, pengguna dapat menyimpan makanan secara lebih selamat, mengelakkan pembaziran dan memastikan kesegaran berpanjangan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd