SKINMADE Memperkenalkan Skin Filter – Produk Penjagaan Kulit Hibrid 4-Dalam-1

September 25, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Produk penjagaan kulit tempatan, SKINMADE, kini hadir dengan satu lagi produk baharu iaitu memperkenalkan Skin Filter. Ia merupakan inovasi hibrid kulit 4-dalam-1 yang menggabungkan perlindungan daripada cahaya matahari, litupan berona, pemulihan lapisan penghalang kulit serta pertahanan antioksidan.

Berbeza daripada krim pelindung matahari tradisional, Skin Filter direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden: pantas, praktikal dan berkesan. Hanya dengan sapu, adun dan siap, kulit bukan sahaja terlindung daripada sinaran UV, malah kelihatan lebih sekata, segar dan sihat.

Teknologi Hibrid Kulit 4-Dalam-1 Skin Filter

Formulasi Skin Filter berpaksikan empat teras utama:

  1. Lebih daripada perlindungan UV – Dengan SPF50+ PA++++ Ultra UV Defense, ia melindungi daripada UVA, UVB dan cahaya biru.
  2. Litupan berona semula jadi – Menyeragamkan tona kulit, mengaburkan pori-pori dan meningkatkan keyakinan penampilan.
  3. Pemulihan lapisan penghalang kulit – Diperkaya dengan bahan aktif berasaskan bukti yang menyokong kesihatan kulit dari dalam.
  4. Pertahanan antioksidan – Membantu meneutralkan radikal bebas dan menangkis tanda awal penuaan.

Dua Varian Untuk Keperluan Berbeza

  • Skin Filter (Glowing) – Diformulasi untuk kulit kusam atau kering, dengan bahan pencerah seperti Vitamin C larut lipid, Glutathione dan Red Ginseng BioFermentasi. Hasilnya, kulit tampak cerah, lembap dan bersinar.
  • Skin Filter (Balance) – Direka untuk kulit berminyak atau mudah berjerawat, dengan bahan anti-jerawat seperti Sepicontrol A5, Zinc PCA dan ekstrak kulit Salix Alba. Memberi kesan semi-matte yang ringan serta membantu mengawal minyak dan merawat cela.

Kedua-dua varian turut diperkaya dengan gabungan Phyto-Exosome, Niacinamide, Pre+Postbiotik dan Sodium Hyaluronate untuk memperkukuh lapisan kulit serta mengekalkan kelembapan sepanjang hari.

Dengan format stik mudah alih dan berus melengkung terbina, Skin Filter memastikan sapuan lebih licin dan tepat. Malah, ia juga hadir dengan formula ringan yang tidak menyumbat pori selain turut menjadikannya sesuai untuk cuaca lembap Malaysia – sementara litupan semula jadinya kelihatan sempurna di luar dan di hadapan kamera.

Bagi yang berminat, SKINMADE Skin Filter hadir dalam tiga tona mesra kulit — Cool, Neutral dan Warm — dengan harga RM110 setiap satu. Produk ini kini boleh didapati melalui platform edagang rasmi SKINMADE termasuk TikTok Shop, Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.myskinmade.com.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd