Luckin Coffee Kini Boleh Dipesan Menerusi GrabFood

September 25, 2025
Kopi

Lina Rosli

Khusus buat penggemar kopi Luckin Coffee, nampaknya jenama kopi dari China ini secara rasmi tersedia di platform penghantaran makanan GrabFood.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pelanggan menikmati pilihan minuman dan menu jenama tersebut terus dari rumah atau pejabat tanpa perlu ke cawangan fizikal.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun ini, Luckin Coffee telah membuka beberapa cawangan utama di Kuala Lumpur dan merancang pengembangan ke lokasi strategik lain. Penyertaan dalam GrabFood melengkapkan strategi digital jenama ini, selari dengan trend pengguna yang semakin mengutamakan kemudahan penghantaran makanan dan minuman.

Dengan akses baharu ini, Luckin Coffee dijangka dapat menjangkau kumpulan pelanggan yang lebih luas, selain mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran kopi premium tempatan.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan minuman dari Luckin Coffee menerusi aplikasi Grab, setakat ini, hanya 13 cawangan Luckin Coffee sahaja yang boleh diakses iaitu di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd