Bata Kini Berusia 131 Tahun & 95 Tahun Di Malaysia — Mempunyai Lebih 240 Cawangan

September 30, 2025
Fesyen

Bat

Bata, jenama kasut yang sudah lama menemani kehidupan ramai, pernah dijual pada harga serendah $1.90 pada tahun 1931. Hari ini, selepas 131 tahun legasi global dan 95 tahun bersama rakyat Malaysia, Bata terus kekal sebagai pilihan setiap generasi — daripada kasut sekolah pertama hinggalah gaya kerja moden.

Ditubuhkan pada tahun 1894 oleh Tomáš Baťa di Zlín, Republik Czech, Bata kini berkembang ke lebih 56 negara. Di Malaysia, dengan lebih 240 cawangan fizikal serta kehadiran digital yang semakin kukuh, Bata bukan sekadar jenama kasut, tetapi sebahagian daripada gaya hidup seharian.

Bertemakan “From First Steps to Forward Futures”, Bata mencerminkan perjalanan pengguna dari langkah pertama hingga ke masa depan. Bata mahu menekankan bahawa setiap kasut yang mereka hasilkan bukan sekadar produk, tetapi satu cerita perjalanan.

Sempena ulang tahun ini, Bata turut menganjurkan beberapa aktiviti istimewa termasuk pelancaran koleksi edisi khas, promosi belian, serta pameran interaktif yang membolehkan pengunjung menelusuri warisan dan evolusi jenama.

Bata Hari Ini – Gaya, Selesa dan Mampu Milik

Bata terus memikat hati pengguna dengan koleksi yang menggabungkan rekaan bergaya, keselesaan berpanjangan dan harga berpatutan:

  • Victoria Ballerina (bermula RM59.99) – koleksi balerina dengan rekaan ringan dan feminin
  • Men’s Moccasin (bermula RM89.99) – klasik, praktikal dan sesuai untuk pemakaian harian
  • Power Hotshots (RM119) – edisi retro 90-an yang ikonik kembali dengan sentuhan moden
  • Power EasySlide (bermula RM139) – slide kasual dengan rekaan ringkas dan teknologi keselesaan

Setiap koleksi direka untuk memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup, sejajar dengan misi Bata untuk kekal mesra pengguna dan mudah diakses.

Selepas hampir satu abad di Malaysia, Bata bukan sahaja menawarkan produk berkualiti tetapi juga menjadi sebahagian daripada memori kolektif rakyat — dari kasut sekolah ke pejabat, dari acara santai ke momen istimewa.

Dengan semangat inovasi dan komitmen terhadap gaya serta keselesaan, Bata berjanji untuk terus melangkah bersama generasi seterusnya, from first steps to forward futures.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd