Hada Labo Melancarkan Rangkaian Produk Pencerahan Premium Halal Dengan Teknologi WhiTEQ

September 30, 2025
Kecantikan

Lina Rosli

Hada Labo, jenama losyen No. 1 di Jepun selama 17 tahun berturut-turut kini memperkenalkan rangkaian produk pencerahan premium atau Shirojyun Premium yang dipertingkatkan dengan Teknologi WhiTEQ. Lebih menarik, rangkaian baharu ini telah diperakui Halal, sekaligus memberi keyakinan tambahan kepada pengguna Muslim di Malaysia.

Untuk rangkaian baharu ini juga, Hada Labo mengekalkan komitmen terhadap formulasi tulen yang berkesan tanpa bahan tambahan tidak diperlukan seperti pewangi, pewarna dan minyak mineral.

Melalui kombinasi inovasi Jepun dan jaminan Halal, rangkaian Shirojyun Premium menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang bukan sahaja lembut dan selamat, malah terbukti memberikan hasil yang ketara.

Dengan penambahbaikan Teknologi WhiTEQ serta pensijilan Halal, Hada Labo komited dalam memberikan keyakinan kepada wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah dan terhidrat tanpa menjejaskan kelembutan mahupun kualitinya.

Teknologi berpaten WhiTEQ dirumus untuk menyerap jauh ke dalam kulit dengan melepaskan lima bahan pencerah secara berperingkat, bagi memberikan hasil maksimum tanpa menimbulkan iritasi. Formulasi ini turut diperkaya dengan dua jenis Asid Hyaluronik untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit sambil menguatkan lapisan perlindungan semula jadi. Hasilnya, kulit tampak lebih cerah, sekata dan terhidrat mendalam.

Antara ima bahan utama dalam formulasi WhiTEQ termasuk:

  • Niacinamide (Vitamin B3) – Menyokong pembaharuan kulit semula jadi, menjadikan tona lebih sekata.
  • Vitamin C (3-O-Ethyl Ascorbic Acid) – Bentuk stabil Vitamin C untuk mencerahkan kulit dan mengurangkan kusam.
  • α-Arbutin – Mengurangkan tona kulit tidak sekata agar tampak lebih bersih dan jelas.
  • Vitamin A – Memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya lebih licin.
  • Ekstrak Centella Asiatica – Menenangkan kulit serta mengurangkan ketidakseimbangan tona.

Keberkesanan rangkaian ini turut disokong oleh ujian pengguna selepas 14 hari penggunaan berterusan. Sebanyak 90% pengguna melaporkan kulit lebih cerah, 85% melihat pengurangan bintik hitam, 90% merasakan tona lebih sekata, manakala 95% mengalami penghidratan mendalam.

Rangkaian Pencerahan Premium ini terdiri daripada tujuh produk yang disesuaikan dengan keperluan kulit berbeza.

  • Pencuci Muka 100g (RM39.90) – Pembersihan lembut dengan tindakan pencerahan tiga kali ganda dan perlindungan anti-pencemaran
  • Losen (Ringan & Kaya) 170ml (RM78.90) – Pencerahan cara terkini dengan manfaat pelembapan berganda
  • Esen 30ml (RM95.00) – Kandungan aktif berkepekatan tinggi untuk meningkatkan keanjalan dan kecerahan.
  • Pelembap Water Gel 50g (RM85.90) – Hidrasi ringan, sesuai untuk kulit berminyak/ kulit kombinasi.
  • Pelembap Water Cream 50g (RM85.90) – Penjagaan berkhasiat untuk kulit normal/ kulit kering.
  • Krim Tabir Suria UV SPF50+ PA+++ 30g (RM66.00)– Melindungi kulit dari sinaran UV sambil mencerahkan kulit.

Bagi yang berminat, produk ini kini boleh didapati di rangkaian farmasi utama seperti Watsons dan Guardian, selain farmasi terpilih di seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara atas talian melalui Shopee, Lazada dan TikTok Shop, membolehkan pengguna mendapatkan rangkaian penjagaan kulit ini dengan lebih mudah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd