M&M’S X Crocs Memperkenalkan Koleksi Kasut Edisi Terhad
Lina Rosli
M&M’S kini hadir dengan kerjasama eksklusif bersama jenama kasut global Crocs dalam menawarkan koleksi kasut ikonik yang menggabungkan warna dan juga elemen versatil untuk setiap individu.
Untuk pengetahuan anda, kerjasama antara M&M’S dan Crocs ini memperlihatkan gabungan dua jenama yang masing-masing mempunyai identiti tersendiri. M&M’S dikenali dengan karakter dan warna yang ikonik, manakala Crocs menekankan keselesaan serta gaya kasual yang ranggi.

Koleksi ini hadir dengan dua rekaan utama iaitu M&M’S Classic Clog dan M&M’S Bae Clog. Classic Clog menampilkan grafik campuran M&M’S dengan hiasan Jibbitz berbentuk pek klasik dan logo ikonik. Sementara itu, Bae Clog pula direka khusus untuk wanita dengan kemasan glitter dan tapak platform, memberikan sentuhan glamor pada gaya kasual.
Melengkapkan lagi rangkaian ini ialah M&M’S Spokescandy Jibbitz 7-Pack, iaitu aksesori edisi terhad yang menampilkan setiap watak M&M’S spokescandy kegemaran ramai. Peminat boleh menyesuaikan gaya kasut Crocs mereka dengan karakter yang paling dekat dengan personaliti masing-masing.

Dengan kehadiran koleksi M&M’S x Crocs ini, peminat fesyen dan penggemar jenama kedua-duanya berpeluang mendapatkan rekaan yang menggabungkan keselesaan, kreativiti dan elemen ikonik dalam satu koleksi edisi terhad.
Bagi yang berminat, koleksi edisi terhad ini akan mula ditawarkan di butik Crocs terpilih termasuk Pavilion Kuala Lumpur, KLCC, Midvalley Southkey serta di laman rasmi Crocs Malaysia bermula 10 Oktober 2025.