HOYA Malaysia Menganjurkan Kempen Pemeriksaan Mata Percuma Untuk Kanak-Kanak
Lina Rosli
Pada tahun 2024, HOYA Malaysia, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada penyelesaian optik individu telah melaksanakan sebuah inisiatif kepada kanak-kanak yang mengalami rabun jauh atau myopia di seluruh Malaysia – menerusi kempen A Million Visions.
Dan tahun ini, bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2025, HOYA Malaysia sekali lagi menganjurkan kempen yang sama bagi bertujuan untuk menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mata kanak-kanak serta memberi perhatian terhadap isu myopia yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
Bermula 16 hingga 22 Oktober 2025, kempen A Million Visions menawarkan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun di lebih 800 Kedai Optik Penjagaan Mata Profesional yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan HOYA Vision Care terhadap intervensi awal myopia dalam kanak-kanak serta menekankan kepentingan penyelesaian klinikal yang terbukti demi pengurusan jangka masa panjang.
Untuk pengetahuan anda, HOYA Vision Care hadir dengan kanta cermin mata MiYOSMART yang dibangunkan dengan Teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S.) menawarkan pendekatan yang tidak invasif dan berkesan untuk melambatkan perkembangan myopia dalam kalangan kanak-kanak.
Solusi kanta ini disokong oleh kajian klinikal global dan dipercayai oleh pakar penjagaan mata, kanta MiYOSMART direka khas untuk pengurusan myopia kanak-kanak dan memberikan mereka penglihatan yang jelas di samping melambatkan perkembangan myopia secara signifikan.

Bagi memperkukuh usaha seluruh negara dalam menangani myopia kanak-kanak, HOYA Malaysia turut memperkenalkan Subsidi HOYA MiYOSMART Early Control pada tahun 2025. Inisiatif berterusan ini menawarkan subsidi sebanyak RM350 untuk kanta kawalan myopia MiYOSMART bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapat akses kepada penjagaan myopia yang terbukti secara klinikal serta menekankan keperluan untuk menjaga kesihatan mata kanak-kanak dari peringkat awal.

HOYA MiYOSMART Coating Smooth Touch Xtreme (STX) Kini Di Malaysia
Secara umumnya, pada peringkat umur kanak-kanak, mereka sentiasa berinteraksi dengan persekitaran melalui pergerakan, sentuhan dan permainan.
Malah, kanak-kanak juga lebih cenderung untuk mengelap kanta mereka sehingga 8,000 kali sepanjang hayat sepasang cermin mata, kebiasaannya menggunakan baju, tisu atau permukaan kasar yang boleh merosakkan salutan kanta serta mengurangkan kejelasan penglihatan dari semasa ke semasa.
Oleh itu, tumpuan utama kempen tahun ini adalah pelancaran MiYOSMART Coating STX di Malaysia, inovasi terkini HOYA Vision Care dalam penjagaan myopia.
Direka khas untuk kanak-kanak, MiYOSMART Coating STX membantu kanta kekal jelas untuk tempoh yang lebih lama, lebih mudah dibersihkan dan diselenggara, serta memberikan perlindungan jangka panjang – semuanya menyokong pemakaian berterusan yang menjadi kunci kepada kawalan myopia yang berkesan.

Kini tersedia pada kanta MiYOSMART, salutan STX menawarkan prestasi hidrofobik lanjutan yang kalis air, cap jari, habuk dan minyak secara aktif, memastikan kanta kekal bersih lebih lama dan mengekalkan kejelasan visual walaupun selepas 2.7 tahun penggunaan biasa.
Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan ketahanan dan kemudahan pembersihan, tetapi juga menggalakkan pemakaian berterusan – terutamanya sewaktu aktiviti luar.