FitFlop Memperlihatkan Koleksi Kedua – Kolaborasi Bersama Song Hye Kyo
Lina Rosli
Selepas kejayaan kempen sulungnya, FitFlop sekali lagi bekerjasama dengan pelakon Korea Selatan terkenal, Song Hye Kyo, bagi memperkenalkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2025 dan Musim Bunga/Panas 2026.
Jenama kasut global ini terus mengekalkan reputasinya dalam menghasilkan rekaan ergonomik yang mengutamakan keselesaan, kali ini dengan penekanan kepada keseimbangan antara fesyen dan inovasi biomekanik.


Kempen terbaharu yang dirakam di Seoul menonjolkan gaya moden dan ringkas Song Hye Kyo, sambil memperlihatkan pilihan peribadinya daripada koleksi ini.
Antara rekaan yang diketengahkan termasuk F-Mode Stack Chelsea Boot dengan sentuhan seni bina kontemporari, F-Luma Sling Back Loafer yang versatil, Delicato Mary Jane Mule yang menekankan feminitas elegan, serta Gen-FF Max dan Retro Q Sneaker yang memberi penampilan lebih berani dan sporty dengan sentuhan nostalgia.
Selain daripada rekaan, koleksi ini turut memperkenalkan palet warna sofistikated yang merangkumi ton bumi seperti tan dan cappuccino, dan kemudiannya digabungkan dengan tona warna yang lebih gelap seperti warna plum, turtle dove dan juga denim blue. Peralihan warna ini direka agar sesuai digayakan merentasi musim luruh hingga ke musim bunga.

Menurut FitFlop, Song Hye Kyo dipilih semula kerana pengaruhnya yang meluas di peringkat global serta personaliti yang menggambarkan keseimbangan antara gaya dan substance, seiring dengan identiti jenama tersebut. Song Hye Kyo sendiri menyatakan bahawa kasut FitFlop sering menjadi pilihannya kerana selesa dan mudah dipadankan dengan gaya harian.
Koleksi FitFlop X Song Hye Kyo ini telahpun tersedia di butik dan secara atas talian sejak 1 September 2025, sekaligus memperkukuhkan lagi kedudukan FitFlop dalam kategori kasut gaya hidup yang menekankan keselesaan dan reka bentuk kontemporari.