Apa Itu Tone-Up Sunscreen? Sunplay Memperkenalkan Pelindung Matahari Baharu
Lina Rosli
Dalam dunia penjagaan kulit yang semakin berkembang, pelindung matahari kini bukan sekadar berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV semata-mata. Inovasi terkini memperkenalkan konsep tone-up sunscreen – iaitu pelindung matahari yang bukan sahaja memberikan perlindungan menyeluruh, tetapi juga membantu menyerlahkan kecerahan semula jadi kulit.
Berbeza daripada sunscreen biasa, tone-up sunscreen dirumus dengan bahan tambahan seperti pigmen halus atau agen pencerah yang mampu menambah seri wajah serta menyamakan tona kulit. Hasilnya, pengguna memperoleh dua manfaat serentak – perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB, serta penampilan kulit yang lebih cerah dan berseri tanpa keperluan solekan tebal.
Salah satu contoh terbaik dalam kategori ini ialah Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up, pelindung matahari berasaskan mineral yang diformulasikan khas untuk kulit sensitif, berjerawat dan juga selamat digunakan oleh wanita hamil.

Teknologi Di Sebalik Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up
Dengan perlindungan SPF 50+ PA++++, ia menggunakan zinc oxide bagi memantulkan sinaran UVA dan UVB secara fizikal, memastikan kulit kekal dilindungi tanpa menyebabkan iritasi.
Tekstur ringan produk ini disertakan dengan tint merah jambu semula jadi yang memberikan kesan rosy glow sejurus selepas disapu. Ini membolehkan pengguna mendapatkan penampilan kulit yang segar, sekata dan tidak kusam – sesuai digunakan sebagai asas solekan atau secara individu.
Selain perlindungan sinar matahari, formulanya turut diperkaya dengan lima bahan aktif penjagaan kulit – ceramide, betaine, Moringa seed oil, glycerin dan Rosa Damascena Flower Oil – yang membantu melembapkan, memperkukuh penghadang kulit serta mencegah kekeringan.

Menariknya, Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up juga memenuhi piawaian 6X Free & Reef-Friendly, iaitu bebas daripada penapis UV kimia, alkohol, paraben, minyak mineral, pewangi sintetik dan oxybenzone – menjadikannya selamat digunakan serta mesra alam.
Dengan gabungan fungsi perlindungan, penjagaan kulit dan kesan pencerahan segera, sunscreen jenis tone-up seperti ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang menginginkan kulit sihat dan berseri sepanjang hari tanpa kompromi terhadap keselesaan.
Bagi yang berminat, Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen Tone Up boleh didapati di farmasi utama dan platform e-dagang di seluruh negara pada harga RM84.00.