Lotteria Bakal Dibuka Di The Curve Disember 2025 – Rangkaian Burger Korea Tiba Di Malaysia

October 6, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus untuk peminat makanan Korea, kini sebuah lagi rangkaian makanan segera dari Korea Selatan, Lotteria, bakal membuka cawangannya yang pertama di Malaysia – di The Curve, Mutiara Damansara pada Disember 2025.

Untuk pengetahuan anda, Lotteria merupakan salah satu jenama di bawah Lotte Group. Jenama makanan ini dikenali di Korea, Jepun dan Vietnam sebagai antara peneraju dalam kategori fast food.

Pembukaan cawangan pertamanya di Malaysia ini menandakan langkah strategik jenama tersebut dalam memperluas kehadirannya di pasaran Asia Tenggara – telahpun menandatangani perjanjian francais induk bersama Serai Group pada awal Ogos 2025.

Setakat ini, menu dan senarai penawaran hidangan masih lagi belum diumumkan lagi. Untuk pengetahuan anda, Lotteria terkenal dengan menu unik yang berbeza daripada jenama burger yang lain – yang mana ia hadir dengan penawaran pilihan burger seperti bulgogi burgershrimp burger dan menu bermusim yang diinspirasikan dari citarasa tempatan.

Untuk penawaran di Malaysia, para pelanggan boleh menjangkakan beberapa pengenalan menu menarik seperti ayam goreng rangup atau burger edisi khas tempatan.

Menurut perancangan, Lotteria menyasarkan 30 buah cawangan dibuka di seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd