Koleksi UNIQLO x JW ANDERSON 2025 Menampilkan Gaya Musim Sejuk Dengan Sentuhan British

October 9, 2025
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO kembali dengan koleksi Fall/Winter 2025 hasil kolaborasi bersama pereka fesyen ternama, JW ANDERSON. Koleksi ini akan mula dijual bermula 17 Oktober 2025, menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada traditional fieldwear dengan sentuhan moden yang memadukan fungsi dan gaya.

Utuk koleksi kali ini, JW Anderson telah memperbaharui gaya almari pakaian musim sejuk British dengan gaya yang mudah disuai dan elemen playfulness yang universal. Selain item khas seperti utility jackets dan ponchos, mereka turut memperkenalkan warna baharu yang hangat untuk jeans dan oxford shirts.

Elemen Outdoor British Dalam Setiap Reka Bentuk

Koleksi kali ini mengetengahkan gaya British outdoor dengan potongan yang praktikal dan elegan. Antara yang menonjol ialah PUFFTECH Utility Jacket untuk lelaki, diinspirasikan daripada hunting jackets klasik. Ia digandingkan dengan seluar korduroi berpotongan wide tapered yang diserlahkan dengan poket depan gaya kerja (workwear-style pocket).

Bagi wanita pula, poncho serbaguna menjadi tumpuan — bukan sahaja lembut dan selesa dipakai, tetapi juga boleh dijadikan selimut atau digayakan sebagai outerwear dengan hanya butang di sisi.

UNIQLO dan JW ANDERSON terus mengekalkan keseimbangan antara keselesaan dan rekaan. Jaket pendek wanita hadir dengan isian PUFFTECH yang ringan tetapi hangat, direka dengan potongan cropped untuk gaya yang lebih on-trend. Sementara itu, Lambswool Crew Neck Sweater dengan corak bicolour herringbone tampil sebagai item genderless yang boleh digayakan oleh sesiapa sahaja.

Tidak ketinggalan, HEATTECH Socks yang terkenal dengan kehangatan dan corak menarik kini hadir dalam lima rekaan dan sepuluh pilihan warna, sesuai untuk menambah elemen ceria dalam gaya musim sejuk anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd