Mamee Monster X Christy Ng Menampilkan Koleksi Beg Edisi Terhad
Lina Rosli
Mamee Monster dan jenama fesyen tempatan terkenal, Christy Ng, memperkenalkan kolaborasi eksklusif yang menggabungkan elemen nostalgia dengan rekaan moden melalui koleksi beg edisi terhad Mamee Monster X Christy Ng.
Koleksi ini menampilkan empat rekaan utama yang diinspirasikan daripada bungkusan ikonik Mamee Monster, dengan setiap satu menonjolkan personaliti berbeza namun tetap mengekalkan ciri keselesaan, fungsi, dan gaya kontemporari yang sinonim dengan jenama Christy Ng.
The Puffer Tote (RM149)
Diperbuat daripada bahan lembut dan berkilat dengan struktur berpad lembut, The Puffer Tote direka menyerupai pek perisa Mamee Monster yang ikonik.
Saiznya yang kompak menjadikannya mudah digayakan untuk pelbagai acara, manakala tali beg yang boleh ditanggalkan menambah elemen praktikal kepada rekaan ini.

The Bucket Tote Russo Mini – Mamee Monster Edition (RM169)
Model ikonik Russo Mini kini hadir dalam rona biru eksklusif yang diinspirasikan daripada Mamee Monster.
Beg ini menampilkan rekaan yang kemas dan elegan, sesuai untuk kegunaan harian. Setiap unit turut disertakan dengan Mamee Monster plush charm sebagai simbol keceriaan, serta pilihan penambahan nama atau inisial peribadi dengan caj tambahan sebanyak RM29.

The Large Canvas Tote (RM54)
Direka menyerupai bungkusan Mamee Monster bersaiz besar, The Large Canvas Tote menawarkan ruang luas untuk keperluan harian.
Bukan itu sahaja, beg ini juga diperbuat daripada bahan kanvas tahan lama dan dilengkapi lapisan kalis air. Ini sekaligus menjadikan beg ini lebih menonjol yang mana ia hadir gabungan antara fungsi dan elemen nostalgia yang menyeronokkan.

Nylon Bucket Tote (RM149)
Beg nilon ringan ini menampilkan cetakan wajah ikonik Mamee Monster dengan rekaan yang ringkas namun berkarakter. Ia turut disertakan dengan pesona berbentuk paket perisa Mamee Monster yang memberikan sentuhan unik serta mencerminkan semangat jenama tersebut yang penuh keceriaan.


Bagi yang berminat, kesemua beg daripada koleksi Mamee Monster X Christy Ng boleh didapati di semua butik Christy Ng di seluruh Malaysia serta secara atas talian bermula 6 Oktober 2025.