IZIPIZI Meraikan Ulang Tahun Ke-15 Dengan Koleksi Baharu ECHO Yang Lebih Mampan

October 10, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Jenama cermin mata dari Paris, IZIPIZI, kini meraikan ulang tahun ke-15 mereka dengan pelancaran koleksi istimewa ECHO Collection. Menurut IZIPIZI, pengenalan koleksi ini adalah satu refleksi perjalanan jenama ini daripada pengeluar aksesori bergaya kepada peneraju reka bentuk yang inovatif dan berjiwa lestari.

Dilancarkan dengan tema yang menggabungkan gaya klasik dan sentuhan moden, ECHO Collection mengetengahkan reka bentuk solar eksklusif yang menampilkan corak kura-kura ikonik IZIPIZI dalam nafas baharu.

Koleksi ini turut memperkenalkan penggunaan bahan bio-sourced dan bahan kitar semula, asetat, buat pertama kali dalam rangkaian IZIPIZI. Ini sekaligus mencerminkan komitmen jenama terhadap kelestarian dan reka bentuk berfungsi.

Untuk koleksi ini, IZIPIZI menampilkan rona Sephia Glow yang elegan serta bentuk bingkai yang diukir dengan teliti, ECHO bukan sekadar aksesori bergaya — ia adalah simbol keseimbangan antara warisan reka bentuk dan cita rasa moden.

Dengan perlindungan cahaya matahari kategori 3, cermin mata ini menonjolkan usaha IZIPIZI dalam menghasilkan produk yang tahan lama, selesa dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Di Malaysia, ECHO Collection kini boleh didapati secara eksklusif di kiosk IZIPIZI di Pavilion Kuala Lumpur, aras 5 (Lot No. P52) pada harga bermula RM469.

Sempena ulang tahun ini, pelanggan yang berbelanja lebih RM200 sepanjang bulan Oktober akan menerima kain pembersih anti-kabus bernilai RM29.90 secara percuma.Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi terkini IZIPIZI, layari laman rasmi izipizi.com atau ikuti mereka di Instagram @izipizi.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd