Diet Ideas – Aplikasi Pemakanan Professional Untuk Gaya Hidup Sihat
Lina Rosli
Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakanan seimbang, aplikasi Diet Ideas tampil sebagai platform digital yang membantu pengguna mencapai matlamat kesihatan melalui pendekatan yang diperibadikan dan disokong oleh pakar nutrisi bertauliah.
Ditubuhkan pada tahun 2019 dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2022, Diet Ideas hadir dengan misi untuk membantu individu memperbaiki tahap kesihatan melalui pemakanan dan nutrisi yang sesuai,

Bukan itu sahaha, Diet Ideas kini mempunyai lebih 20 pakar nutrisi berdaftar yang berpengalaman dalam bidang dietetik. Kesemua pakar ini memiliki latar belakang akademik dalam bidang pemakanan dan telah menjalani latihan klinikal serta komuniti di hospital dan institusi kesihatan seluruh negara.
Apa Yang Ditawarkan oleh Diet Ideas?
Antara tawaran utama yang disediakan oleh Diet Ideas termasuk MyDietProgram, iaitu program intensif di mana pengguna akan dipantau rapat oleh pakar nutrisi sepanjang tempoh satu hingga tiga bulan bagi mencapai matlamat kesihatan yang ditetapkan.
Di bawah program ini, pengguna boleh sama ada memilih variasi pilihan program yang bertepatan dengan keperluan diri sama ada Program Penurunan Berat Badan, Program Penambahbaikan Kesihatan, Program Pemilihan Kanser, Program Pengurusan Diabetes dan banyak lagi.


Selain itu, terdapat juga Blue Membership, sebuah komuniti yang menumpukan kepada kesejahteraan dan diet yang lebih lestari untuk jangka masa panjang.
Aplikasi ini turut menyediakan penilaian nutrisi percuma melalui sesi permesejan (chat) atau rundingan bersama pakar, bagi membantu pengguna memahami keperluan tubuh masing-masing dengan lebih tepat. Berdasarkan hasil penilaian awal tersebut, pengguna akan menerima cadangan pelan diet yang diperibadikan, mengambil kira gaya hidup, pilihan makanan serta keperluan kesihatan individu.

Kesemua perkhidmatan ini disokong oleh barisan pakar diet dan nutrisi profesional yang berkelayakan serta mempunyai pengalaman klinikal yang luas.
Setiap pakar di bawah Diet Ideas mempunyai latar belakang akademik dalam bidang dietetik dan nutrisi, selain pernah menjalani latihan klinikal serta penempatan di hospital dan institusi kesihatan di seluruh Malaysia.
Bagaimana Diet Ideas Berfungsi?
Proses penggunaan platform Diet Ideas juga direka dengan mudah dan sistematik. Pengguna boleh memulakan perjalanan mereka dengan penilaian nutrisi percuma melalui ruang permesejan atau sesi atas talian, sebelum menerima cadangan pelan diet yang disesuaikan daripada pakar.
Seterusnya, pengguna boleh membuat bayaran dan menetapkan sesi konsultasi mengikut jadual yang dipersetujui. Sepanjang tempoh program, kemajuan pengguna akan dipantau secara berkala bagi memastikan setiap pelan yang dilaksanakan kekal berkesan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan semasa.
Dengan antara mukanya yang mesra pengguna, Diet Ideas memudahkan pengguna memantau pengambilan makanan, mengenal pasti keperluan kalori, serta mengakses pelbagai tip dan resipi sihat yang sesuai dengan gaya hidup moden.
Untuk maklumat lanjut atau memuat turun aplikasi, layari laman rasmi dietideas.com.my.