Belanjawan 2026: Had Umur Belia Dikemaskini Kepada 15 Hingga 30 Tahun

October 10, 2025
Malaysia

Lina Rosli

Dalam Belanjawa 2026, kerajaan Malaysia komited dalam menggalakkan penyertaan generasi muda dalam kebanyakan industri – sekaligus membuka peluang dan ruang kepada mereka untuk mencipta dan menyumbangkan bakat dan idea.

Oleh yang demikian, bermula tahun 2026, had umur belia akan ditetapkan kepada 15 hingga 30 tahun, berbanding had sebelumnya yang lebih luas iaitu sehingga umur 40 tahun.

Perubahan ini juga mencerminkan hasrat kerajaan untuk menjadikan belia sebagai tenaga penggerak utama kemajuan negara, bukan sekadar sebagai peserta, tetapi sebagai pencipta perubahan.

Dalam era ekonomi digital dan dunia kerja yang pantas berubah, sokongan kepada golongan muda perlu disesuaikan dengan realiti semasa selain turut memberi ruang kepada idea segar, keberanian mencuba dan semangat memperbaharui.

Dengan had umur baharu ini, ia sedikit sebanyak akan memastikan setiap penyertaan benar-benar mencerminkan suara generasi muda masa kini — generasi yang bukan sahaja celik teknologi, tetapi juga prihatin terhadap isu sosial, kelestarian dan masa depan negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd