Belanjawan 2026: Malaysia Sebagai Negara Tua Menjelang 2043

October 10, 2025
Malaysia

Lina Rosli

Malaysia kini berada di ambang perubahan demografi besar apabila dijangka menjadi negara tua menjelang tahun 2043 iaitu apabila 14% daripada penduduk berusia 60 tahun ke atas.

Melihat kepada realiti itu, Belanjawan 2026 memberi tumpuan kepada usaha awal memastikan kesejahteraan warga emas, di samping memperkukuh ekonomi penjagaan dan solidariti sosial dalam kalangan masyarakat.

Langkah ini bukan sekadar soal kebajikan, tetapi satu keperluan strategik untuk memastikan warga emas dapat terus hidup dengan sihat dan berdikari.

Bukan itu sahaja, dengan peningkatan jangka hayat dan gaya hidup moden yang semakin berubah, kerajaan Malaysia dilihat menekankan keperluan untuk memperkukuh infrastruktur sokongan warga emas. Ini termasuk kemudahan penjagaan jangka panjang, program komuniti yang inklusif, serta insentif bagi perniagaan dan organisasi yang menumpukan kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan golongan ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd