Belanjawan 2026: Pelupusan Kenderaan Lama Dengan Geran Padanan Sehingga RM4,000

October 10, 2025
Automotif

Lina Rosli

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan Malaysia turut memperkenalkan langkah baharu bagi menggalakkan rakyat melupuskan kenderaan lama yang tidak lagi ekonomik dan selamat digunakan di jalan raya – kenderaan yang berusia melebihi 20 tahun.

Langkah ini bukan sahaja berkait dengan keselamatan, tetapi juga menyentuh aspek alam sekitar dan kecekapan tenaga.

Perlaksanaan langkah ini adalah kerana kenderaan usang ini berisiko tinggi dari segi keselamatan dan pelepasan karbon, selain memerlukan kos penyelenggaraan yang semakin meningkat.

Menyedari cabaran ini, kerajaan dengan kerjasama syarikat pengeluar kenderaan nasional memperkenalkan geran padanan sehingga RM4,000 untuk membantu pemilik melupuskan kereta lama mereka dan membeli kenderaan nasional baharu.

Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kewangan rakyat, malah menjadi langkah proaktif ke arah kenderaan yang lebih cekap tenaga, mesra alam dan selamat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd