Raikan Deepavali Dengan Siri Golden Mango Terbaharu Dari ZUS Coffee

October 13, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sempena sambutan Deepavali yang penuh cahaya dan keceriaan, ZUS Coffee memperkenalkan semula siri Golden Mango yang diinspirasikan daripada kemanisan tropika buah mangga.

Untuk tahun ini, siri tersebut hadir dengan satu varian baharu dan dua minuman kegemaran ramai iaitu:

  • Mango Smoothie (RM13.90) – Minuman ini menggabungkan rasa mangga yang manis dan masam secara seimbang dengan tekstur berkrim seperti lassi. Ia menawarkan pengalaman rasa yang menyegarkan, sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa sepanjang musim perayaan.
  • Creamy Mango (RM10.20) – Minuman klasik ini kembali dengan kepekatan rasa mangga yang lembut dan berkrim, memberikan kepuasan dalam setiap hirupan. Creamy Mango merupakan pilihan sempurna bagi mereka yang menggemari minuman yang kaya dengan rasa buah tetapi tetap ringan dan mudah dinikmati.
  • Mango Frappé (RM15.20) – Untuk peminat minuman berais, Mango Frappé menawarkan kesegaran rasa mangga yang memuaskan. Minuman ini sesuai dinikmati ketika kunjungan rumah terbuka atau sebagai peneman di waktu santai bersama keluarga dan rakan.

Menariknya, kesemua minuman dalam siri Golden Mango ini turut diperakui ZUS Kids-approved, menjadikannya sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Raikan Golden Hours Deepavali anda dengan siri Golden Mango daripada ZUS Coffee — satu cara yang sempurna untuk menambah seri dan kemanisan dalam sambutan penuh makna ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd