HOMESOY Kembali Dengan Kempen ‘Stop That Dot Together’, Turut Memperkenalkan HOMESOY 3.0
Lina Rosli
Setiap Oktober, warna merah jambu kembali mewarnai kempen kesedaran kanser payudara di seluruh dunia — dan tahun ini, HOMESOY sekali lagi tampil memperkukuh mesej penting itu menerusi kempen ‘Stop That Dot Together’.
Meneruskan kejayaan tahun lalu yang berjaya menggerakkan lebih 11,000 wanita untuk menjalani ujian saringan, kempen tahun ini membawa pendekatan baharu yang mana komited dalam mengubah persepsi bahawa pemeriksaan payudara bukanlah sesuatu yang menakutkan, sebaliknya satu tanda kasih dan sokongan bersama insan tersayang.
Sebagai simbol komitmen berterusan terhadap kesihatan wanita, HOMESOY turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Cancer Research Malaysia bagi tahun 2025 — bukti bahawa jenama ini bukan sekadar minuman harian, tetapi juga rakan perjuangan jangka panjang untuk kesejahteraan wanita.

Menurut HOMESOY, walaupun pada masa kini, kesedaran terhadap kanser payudara semakin meningkat, namun hakikatnya, jumlah penghidapnya masih lagi paling tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia.
Data menunjukkan yang mana lebih separuh daripada individu mengetahui dan mengesan kanser ini lewat – menjadikan rawatan lebih mencabar.
Bukan itu sahaja, setakat ini masih ramai lagi dalam kalangan wanita yang menganggap bahawa saringan hanya perlu dilakukan apabila mula mengesan gejala dan juga simptom kanser. Sedangkan pengesanan awal sebenarnya boleh mengurangkan risiko dan menyelamatkan nyawa.
Soya & Kesihatan Wanita
Selain mesej sokongan, HOMESOY juga menekankan kepentingan pemakanan berasaskan tumbuhan dalam membantu mencegah penyakit.
Kajian menunjukkan bahawa wanita Asia yang mengamalkan diet kaya dengan soya mencatat kadar kanser payudara yang lebih rendah berbanding wanita Kaukasia.
Dalam usaha memperkukuh pilihan sihat ini, HOMESOY memperkenalkan HOMESOY 3.0 — susu soya yang diperkaya dengan protein tumbuhan berkualiti tinggi, serat diet, kalsium dan vitamin D. Ia sesuai untuk semua peringkat usia, terutamanya wanita dan para ibu yang ingin mengekalkan gaya hidup sihat.

Inspirasi Dari Kisah Sheena
Antara wajah yang mewarnai kempen ini ialah Noor Shareena Aleeya Saiful Adli (Sheena), survivor kanser payudara yang disahkan menghidap tahap awal penyakit itu pada usia 35 tahun.
Kini, Sheena berkongsi kisahnya untuk memberi semangat kepada wanita lain agar bertindak awal dan tidak menunggu gejala. Dalam video pendek Stop That Dot Together, Sheena turut mengajak rakan karibnya Mashita untuk menjalani saringan bersama — simbol bahawa sokongan dan kasih sayang mampu menyelamatkan nyawa.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, HOMESOY melancarkan peraduan kebangsaan yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong wanita dalam hidup mereka.
Peserta hanya perlu memuat naik gambar berpasangan ke media sosial dengan tanda pagar #StopThatDotTogether, dan berpeluang memenangi baucar pemeriksaan kesihatan serta pek HOMESOY 3.0 bersaiz 946ml.
Wanita yang menjalani pemeriksaan di hospital terpilih seperti Sunway Medical Centre, Columbia Asia Hospital, KPJ, Thomson Hospital, Prince Court, Hospital Picaso dan Lam Wah Ee juga akan menerima hadiah eksklusif daripada HOMESOY.