Skechers Hadir Dengan Koleksi Baharu Untuk Skechers Hands Free Slip-ins: Max Run
Lina Rosli
Bagi anda yang sedang mencari kasut larian baharu yang selesa dan ringan, anda mungkin ingin menambah koleksi baharu dari Skechers ini ke dalam senarai pembelian. Ini kerana Skechers Hands Free Slip-ins: Max Run ini hadir dengan pengalaman pemakaian yang mudah, kusyen yang empuk dan juga pergerakan langkah yang lancar.

Menjadi antara yang terawal dalam memperkenalkan koleksi mudah pakai ini, Skechers menggabungkan gaya dan inovasi dalam satu kasut. Ia menampilkan engineered knit upper dengan tali boleh laras – selain turut dilengkapi dengan teknologi prestasi yang maksima. Antara ciri utama lain yang ada pada kasut ini termasuklah:
- Skechers Heel Pillow bagi memastikan kaki kekal stabil untuk setiap langkah.
- Skechers Air-Cooled Goga Mat dengan kusyen yang empuk dan selesa.
- ULTRA LIGHT midsole cushioning yang ringan dan responsif.
- Skechers Soft Stride sockbed layer untuk keselesaan jangka panjang.
- Skechers M-Strike technology bagi membantu peralihan langkah yang lebih lancar.
- Tapak luar Goodyear® Rubber dengan cengkaman tahan lama, sesuai untuk permukaan basah atau kering.


Reka bentuk baharu ini tampil dengan tiga pilihan warna untuk lelaki dan dua untuk wanita — dengan tambahan tiga lagi warna lelaki dan empat warna wanita bakal dilancarkan pada 17 Oktober 2025.
Dengan harga bermula RM439, Skechers Hands Free Slip-ins: Max Run kini boleh didapati di butik terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall dan 1 Utama Shopping Centre. Koleksi ini turut tersedia secara dalam talian di Skechers.com.my.