K Fry Urban Korean Hadir Dengan Menu Baharu – Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks

October 14, 2025
Makanan & Minuman

Lina Rosli

K Fry Urban Korean kini memperkenalkan menu terbaharu mereka, Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks. Untuk menu ini, ia menggabungkan empat perisa istimewa — dua baharu dan dua kegemaran lama K Fry — yang menawarkan pelbagai lapisan rasa:

  • Garlic Parm Truffle Aioli (Baharu) – Gabungan berkrim dan mewah dengan aroma bawang putih panggang serta sentuhan truffle.
  • Chilli Padi Aji Verde (Baharu) – Pedas menyengat dengan keseimbangan herba segar dan rasa tempatan yang menyegarkan.
  • Spicy Yangnyeom – Rasa klasik Korea yang manis, masin dan pedas dalam satu gigitan.
  • Honey Mustard – Kombinasi lembut dan berkrim dengan keseimbangan rasa mustard dan madu yang menenangkan.

Setiap hidangan turut dihidangkan bersama salad daun bawang (Pa Muchim) dan lobak putih jeruk (Chicken Mu), menyerlahkan keseimbangan rasa yang menyegarkan dan membuka selera.

Selain menu baharu, K Fry juga memperbaharui gaya penyajian keseluruhan menunya — daripada hidangan popular seperti K’razy Spicy Cheesy Fried Chicken Bumbuk hinggalah ke pencuci mulut Bingsoo.

Semua kini tampil dengan gaya lebih premium dan moden, selaras dengan selera pelanggan masa kini yang mengutamakan bukan sahaja rasa, tetapi juga estetika dan pengalaman keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut serta promosi terkini mengenai K Fry Urban Korean, kunjungi laman web rasmi atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd