UNIQLO X Oriental Kopi Menampilkan Koleksi UTme! Edisi Kopitiam

October 15, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Mulai 17 Oktober 2025, peminat kopi dan fesyen tempatan boleh meraikan kecintaan terhadap budaya kopitiam Malaysia dengan cara yang cukup bergaya. UNIQLO memperkenalkan kolaborasi terbaharu bersama jenama tempatan terkenal, Oriental Kopi, yang menampilkan rekaan eksklusif berinspirasikan sajian Hainan klasik dan suasana nostalgia kopitiam.

Melalui koleksi ini, UNIQLO mengetengahkan sembilan rekaan eksklusif UTme! yang diilhamkan daripada hidangan kegemaran ramai seperti Nasi Lemak, Polo Bun dan Egg Tart — simbol kepada citarasa tempatan yang membentuk sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.

Lebih menarik, koleksi ini boleh diperibadikan melalui perkhidmatan UTme!, iaitu platform interaktif UNIQLO yang membolehkan pelanggan mereka sendiri T-shirt dan beg tote dengan grafik berinspirasikan Oriental Kopi.

Setiap pelanggan boleh mencipta gaya unik yang mencerminkan kecintaan terhadap budaya makanan tempatan — sama ada dengan menambah tulisan, kombinasi warna atau susun atur rekaan sendiri.

Bagi yang lebih gemar gaya sedia pakai, UNIQLO turut menawarkan T-shirt dan tote bag pra-cetak edisi khas Oriental Kopi yang boleh didapati secara eksklusif di UNIQLO Mid Valley Megamall dan UNIQLO Suria KLCC, selagi stok masih ada.

Kolaborasi ini bukan sekadar mengenai pakaian — ia adalah satu penghargaan terhadap budaya tempatan yang menyatukan rakyat Malaysia melalui citarasa, nostalgia, dan semangat komuniti. Dengan slogan tidak rasmi “pakai cita rasa kegemaran anda,” UNIQLO dan Oriental Kopi mengajak semua untuk membawa sedikit kehangatan kopitiam ke dalam gaya harian mereka.

Maklumat Pelancaran:

  • Tarikh pelancaran rasmi: 17 Oktober 2025 (Jumaat)
  • Harga:
    • T-shirt Dewasa – RM79.90
    • T-shirt Kanak-kanak – RM59.90
    • Tote Bag – RM79.90
  • Jumlah rekaan: 9 rekaan eksklusif Oriental Kopi
  • Lokasi UTme! Customisation Printing Service:
    • UNIQLO The Exchange TRX
    • UNIQLO Fahrenheit 88
    • UNIQLO Sunway Pyramid
    • UNIQLO Mid Valley Southkey (Johor Bahru)
  • Lokasi koleksi pra-cetak:
    • UNIQLO Mid Valley Megamall
    • UNIQLO Suria KLCC
  • Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd