MAJUHOME Concept Menampilkan Pameran Urban Eden Living Di IOI Mall Puchong Pada 15-26 Oktober 2025
Lina Rosli
Khusus untuk anda yang ingin menerokai barangan keperluan rumah dan mencari inspirasi untuk susun atur ruang rumah yang moden, MAJUHOME Concept hadir dengan pameran istimewa bertemakan Urban Eden Living Pop-Up, yang berlangsung di South Court, IOI Mall Puchong dari 15 hingga 26 Oktober 2025.

Sewaktu acara pameran ini berlangsung, jenama ini mengetengahkan konsep biophilic modernism – gaya rekaan yang menggabungkan unsur alam semula jadi seperti tekstur rotan, tona tanah dan bahan organik bersama sentuhan moden yang elegan. Hasilnya, ruang kediaman bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi turut memberi suasana tenang dan menenangkan.
Sempena ulang tahun ke-39, jenama tempatan yang sudah hampir empat dekad bertapak ini terus mengekalkan misinya – menawarkan rekaan abadi, hasil pertukangan berkualiti dan harga berpatutan untuk setiap gaya hidup moden.

Di Urban Eden Living Pop-Up juga , MAJUHOME Concept turut menampilkan pelbagai koleksi menarik seperti Beja 3 Seater Sofa, Mayra Designer Chair, serta koleksi bilik tidur dan ruang makan yang direka untuk menyesuaikan gaya hidup pelbagai lapisan pengguna – daripada keluarga moden hingga individu yang baru berpindah ke rumah pertama.
Lebih menarik, pop-up ini turut memperkenalkan koleksi terbaharu Belgium Edition Sofa 2025/26, yang menekankan keselesaan dan mutu hasil kerja tukang. Setiap sofa dilengkapi buih berlapis pelbagai ketumpatan, kusyen boleh suai dan teknologi remacro Motion untuk pengalaman duduk yang lebih lembut dan senyap.

Bukan sekadar pameran perabot, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti dan tawaran eksklusif sepanjang tempoh acara, termasuk:
- Beg cenderamata bernilai RM80 dengan pendaftaran MHF Rewards
- Sesi bacaan BaZi Express dan analisis pelan lantai bersama Joey Yap Consulting Group
- Kopi percuma oleh The Coffee Bean & Tea Leaf
- Konsultasi reka bentuk dalaman oleh WLEA Interior Design
- Bengkel kreatif kanak-kanak oleh FamsyMall