Crocs Raikan Croctober Dengan Koleksi Baharu Bae Leopard Clog

October 16, 2025
Fesyen

Lina Rosli

Crocs kembali meraikan bulan yang paling dinantikan peminatnya — Croctober. Tahun ini, Crocs menampilkan sambutan yang lebih istimewa, meraikan komuniti peminatnya melalui gabungan kreativiti, ekspresi diri dan kejutan menarik sepanjang bulan Oktober.

Perayaan Croctober secara rasmi bermula hari ini, menampilkan pelbagai aktiviti termasuk kandungan yang diterajui peminat, pemberian produk eksklusif, serta pelancaran ciptaan baharu yang diinspirasikan daripada gaya berani peminat Crocs iaitu Bae Leopard Clog.

Kasut Bae Leopard Clog bakal dilancarkan pada 23 Oktober, bersempena sambutan Crocs Day. Rekaannya menonjolkan elemen gaya yang ekspresif dengan tapak setinggi 60mm, serta kemasan tekstur halus di bahagian tumit, muncung dan kolar kasut bagi memberikan sentuhan visual yang lebih sofistikated.

Corak cetakan harimau bintang yang menyeluruh pula menjadikannya antara keluaran paling berani dan bergaya dalam siri Croctober tahun ini.

Untuk tempoh terhad bermula 23 Oktober, Bae Leopard Clog akan ditawarkan melalui laman rasmi www.crocs.com.my dan di butik Crocs terpilih di seluruh negara.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd