Mamee Chef Memperkenalkan Mi Segera Baharu – Wagyu Boat Noodle
Lina Rosli
Mamee Chef kini memperkenalkan variasi terbaharu mereka iaitu Wagyu Boat Noodle yang hadir dalam dua pilihan menarik – pek 4x93g dan cawan segera (instant cup).
Menariknya, Mamee Chef Wagyu Boat Noodle Cup ditawarkan secara eksklusif di 7-Eleven, menjadikannya edisi terhad yang wajib dicuba oleh penggemar mi segera premium.

Menurut Mamee, mi segera ini mengambil inspirasi daripada keenakan mi Thai gaya ‘boat noodle’. Hasilnya, ia hadir dengan kuah wagyu yang pekat, beraroma dan penuh rasa umami, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin menikmati hidangan segera dengan sentuhan mewah.
Dari segi tekstur mi pula, ia dipadankan dengan pilihan mi yang kenyal – sekaligus memberikan keseimbangan sempurna antara rasa dan kepuasan.

Bagi anda yang ingin merasai sendiri keistimewaan mi segera premium ini, Mamee Chef Wagyu Boat Noodle kini boleh didapati di pasar raya utama, manakala versi cawan eksklusif hanya boleh didapati di 7-Eleven seluruh Malaysia.